Monday, 4 January 2016

Projek Mega 02

     Baru ada masa Jumaat hari tu menggembur tanah. Buat dengan adik je. Peluh yang keluar memecahkan lelemak macam air terjun(metafora sangat). Dan semalam dapat la menyambung buat batas. Dapat 3 + 1 batas. 1 batas betul² belakang rumah. Dan 3 lagi batas jauh sikit ke belakang rumah. Yang jauh tu kena pasang penghadang dulu sebelum boleh mula mencampak benih. Kang tak memasal kenyang dimakan si ayam pulak benih tu. Kalau hari ni tak busy, hari ni la try buat. Kalau busy (tak tahu la apa benda yang di'busy'kannya ni), akan bersambung nanti.

     Dan semalam masa buat batas tu, Naney dah campurkan baja arnab. Dia tak tahu yang hari Sabtu aku dengan adik dah projek campak baja kulit pisang. Huhu. Alaa, mana² jela kan? Janji tanah subur dan tanaman boleh hidup. Lagipun aku tengok banyak cacing kat situ. InnsyaAllah subur la tu nanti. Nak mengharap sangat pun tak boleh. Kalau first time ni tak jadi, kena usaha lagi. Jangan putus asa okay (cakap pada diri sendiri sebab aku memang jenis mudah putus asa. ngeh3).


Ini tempat yang dapat buat 3 batas
(gigihnya adik. huhu)


#aku dah tak memancing. takda kesabaran aku nak nunggu ikan tu makan umpan. stress!! 

2 comments:

  1. Selalunye org suke memancing nie org penyabar..hmmm....hehehe

    #dapat hasil nanti jgn lupe pos ke penang na...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so tau la kan yg i bukan jenis penyabar?
      #innsyaAllah boleh pos kalau ada hasilnya.. hehee

      Delete