Monday, 11 January 2016

Cuaca

     Lately aku rasa cuaca sangat² terik dan bahang di malam hari. Bahang yang membuatkan ketahanan badan aku tak berapa nak stabil. Pagi tadi rasa nak demam sangat. Masih flu pasal semalam aku terbersin² banyak kali. Bangun pagi je kepala sakit sebelah kanan. Migrain kot. Nak tak nak aku kena pergi kerja. Banyak aku nak siapkan. Sebab aku planning nak balik Pontian Khamis ni. Aku ingat taknak menyusahkan dia buat minum pagi aku. Selera aku pun takda sangat sebab belah kanan kepala ni menyucuk². Tapi masa aku tengah bersiap, aku nampak dia bancuh kopi susu. Aku ingat dia nak minum sendiri tapi dia buat dalam teko. Alamak. Mesti untuk aku sekali ni. Betul! Dia bawa dua cawan. Dan satu cawan tu memang cawan aku. Dia tuang separuh. "makan la kuih tu. tadi saya beli lebih tapi saya dah hantar kat rumah mak sikit." Aku telan la jugak sebiji kuih keria. Gila kau tak makan. Orang dah beli dan siap bancuhkan air lagi kot. Dah dia tuang, tak kan kau nak cakap, "eh, saya tak nak makan minum." Sekurang²nya bila aku minum tu, takda la dia risau kalau aku tak makan kat office. Lagipun kalau aku jadi dia, aku mesti rasa happy bila partner aku minum air yang aku buat sebelum dia pergi kerja. Korang pun macam tu gak kan? Kan kan kan?

     Sebenarnya sejak malam tadi aku dah bersin². Rasa macam nak demam. Tapi petangnya dah janji dengan Naney nak bawa dorang cari buku log panjang untuk kegunaan sekolah Along dan Adik. Ingatkan naik kereta si dia tapi...

Naney: Dah lama kan kita tak naik kereta myvi? (sambil mata nakal pandang kat aku)
Aku: Oh... Okay, jum.

     Actually aku rasa tak larat nak drive tapi disebabkan Naney dah cakap macam tu, aku on jela. Lagipun aku faham dia penat. Dah la semalam dia masakkan makanan tengahari untuk sedara aku yang datang ke rumah. Jadi tak salah kot kalau aku paksa diri aku untuk dia. Bukan susah pun nak buat dia happy. Ikutkan kehendak dia. Tapi kalau kehendak melampau tu, boleh la kiranya aku bersuara. Hihihi. Dia happy je duduk sebelah malam tadi. Mana aku tahu dia happy? Kalau dah dari start naik kereta dia potpet² dan tersenyum je, kiranya dia happy la tu kan?

     Lepas pergi Speedmart, terus balik rumah sewa aku. Sempat singgah gerai burger berdekatan rumah aku. Beli jelly kelapa dan burger rojak untuk adik dia. Sementara nak menunggu tu la aku bawa dorang semua balik rumah sewa. Lepak² main dengan abu. Then balik rumah dia sambil mengenangkan ada sebakul baju belum berlipat yang aku angkat petang tadi. Rasa malas sangat sebab badan tak sedap. Bakul menghalang jalan, aku kuis ke tepi pakai kaki sambil mata pandang arah lain. Takda niat nak melipat pun. Badan rasa nak baring, mata rasa nak pejam. Hidung rasa tak selesa sangat.

     Sementara nak menunggu dapat baring atas tilam, Naney ke dapur. Dia cakap nak melipat kain baju. Alahai kesiannya aku tengok. Dia pun mata dah kuyu. Tunggu si adik lelaki ni keluar rumah lambat sangat. Lalu aku pun mengambil keputusan duduk sebelah Naney dan melipat sama². Ceewah.. Nampak tak cara nak duduk sama² tu? Padahal aku punya la malas nak mengadap kain baju. Tapi disebabkan daya tarikan dia tu, melekat jugak la aku kat bakul baju tu. Hahaha. Sambil melipat, sambil borak.

     Bila dah siap melipat, aku sengaja geletek tapak kaki kanan dia yang melunjur depan aku. Dia tarik, lipat kaki ke dalam, lunjur kaki kiri pulak. Aku geletek lagi. Jangan dia naik angin dah la. "dah kenapa ni? cari pasal eh?" sengaja dia tinggikan suara. Aku terus landing baring depan dia. Pusing membelakangkan dia. Hidung soksek² menahan hingus yang terbersin² dari tadi. Aku diam je. Baring atas tikar. Tiba² dia letak kusyen atas badan aku, "nah, alas kepala tu.". Aku senyum.

     Tak lama lepas tu si adik lelaki pun keluar. Masa tu aku mandi. Saje mandi sejukkan badan. Dia dah siap bentangkan tilam. Aku tepek² krim malam dan landing atas tilam sambil tengok tv. Dia masa tu la baru nak cuci muka la, gosok gigi la. Dia off lampu. Gelap. Meraba² dia nak naik atas tilam. Dia pun landing sebelah aku. Nampak dia macam dah mengantuk sangat. Aku pun dah sakit kepala sebelah. Macam migrain datang balik je. "awak nak tengok tv lagi tak? kalau tak saya nak tutup." katanya. "tutup jelaa, saya dah ngantuk ni." aku jawab. Sengaja aku pusing arah dia. Rasanya dah dekat seminggu tidur jauh². Masing² membelakangkan partner dalam seminggu ni. Aku letak kaki atas kaki dia. "eh, panas la kaki awak. demam ke?" sambil aku raba dahi dia. Dia pandang aku, "mana ada la, kan awak baru lepas mandi. saya tak mandi pun tadi." Aku angguk.

     Aku dah melayan mata nak tidur. Selalunya dia yang berdengkur dulu. Walaupun dia baru lepas bual dengan aku, tak sampai seminit aku dah boleh dengar dia berdengkur. Punya la penat dia menguruskan rumah kan. Masak, basuh baju, sidai baju. Nak harapkan aku, masa weekend jela aku cuci baju semua. Tapi semalam dia usap² tangan aku. Main² jari aku. Ehh... Tiba² dia membelakangkan aku. "ehh manjanya dia malam ni. kalau tak selalunya tidur pun tak tunggu kita." aku bisik kat dia. Dia tarik tangan aku eratkan pelukan, "yelaa, selalu tu penat tau awak. fikir nak tidur je." katanya sambil tarik tangan aku ke mulut dia. Aku senyum. Yelaa, aku bukan tak faham. Saje je nak menyakat² manja dengan dia.

     Lepas tu... Terjadi la pertempuran maha hebat. HAHAHA. JAHATNYA SENYUMAN AKU SEKARANG NI. Lalala. Dah, aku cerita sampai situ je. Dan pagi tadi, dua² bangun dengan sakit kepala sebelah kanan. Teringat malam tadi, rasa nak senyum je. Pandai dia tackle hati aku lepas 6 hari dia bantai bongkang tak ingat aku. Hahaha.

# petang ni planning balik rumah irama. nak zumba² sikit. makin chubby dah aku sekarang ni. betul la kata orang. kalau bahagia susah nak kurus. si dia pulak masak sedap². semalam siap buat donut untuk minum petang lagi. ishh tak boleh jadi ni. makin turun saham aku kalau terus memboyak. T___T

No comments:

Post a Comment