Thursday, 7 January 2016

Perkenalan 02

     Hubungan tu tak berakhir sampai situ. Hari esoknya (Ahad 30hb Ogos 2015) dalam jam 11am aku gerak balik ke sini. Penat main netball dan drive semalam pun tak habis lagi, dah nak kena balik. Aku balik pun sebab nak pindahkan beberapa barang arwah mak ke rumah sewa aku kat sini. Pagi tu ada aku text² dengan Naney. Aku bagitahu program aku. Dia offer diri untuk kemas barang² yang akan sampai dari Joho tu. Mula² aku okay je. Lepas tu aku rasa segan. Then dia bersungguh² sangat nak tolong aku. Aku mengalah. Aku text alamat rumah aku.

     Malam baru lori sampai. Dari petang dia tunggu, sampai la ke malam. Banyak jugak borak walaupun baru first time secara officialnya berjumpa. Aku bila nervous, banyak cakap. Dan malam tu aku sembang macam bertih jagung. Hahaha. Settle dia susun sofa², pasangkan katil single kat bilik dan angkat almari tv sama² dengan aku, dia minta izin nak balik. Lega tengok rumah sebiji macam suasana kat rumah arwah mak.

     Dalam 20 min selepas dia balik, aku dapat call. Dari nombor tak dikenali. Rupa²nya dia. Yelaa, aku mana ada nombor dia. Kan kenal dia dari people nearby. Mana ada keluar nombor tepon. Dia suruh aku carikan jam tanggan Fossil dia. Katanya tertinggal masa pasang katil aku. Ah, memang ada atas almari baju aku. "Yes, ada chance jumpa lagi ni." senyum² aku sambil pegang jam dia.

     Isnin tu tak kerja. Sebab Merdeka kan. Dan aku ada 2 keping tiket wayang free yang boleh pakai sampai 31hb Ogos je. Terpaksa la aku pergi tengok wayang jugak. Semalam aku ada ajak dia tengok wayang tapi dia menolak cara baik. Sebab adik beradik dia ada kat rumah, tak best la nanti kalau dia keluar. Katanya kalau aku balik tengok wayang nanti, singgah la rumah dia hantarkan jam tu. Dalam aku bersiap² nak pergi ke Seremban, aku try whatsapp dia. Aku tanya, "free tak pagi ni? kalau free, kita jumpa kejap boleh? saya nak pulangkan jam awak ni." Lama jugak aku tunggu dia reply. Tapi macam takda je. Sengaja aku lengah².

     'TING'

     Ada whatsapp masuk. Dia. "saya baru balik mengaji ni. boleh la. kita jumpa kat kedai makan depan sekolah. saya pun tak sarapan lagi ni". Gumbira rasa hati. Cepat² aku bersiap. Start enjin kereta dan jalaaaannn. Pagi tu breakfast sama² dengan dia. Habis makan, dia balik rumah dan aku ke Seremban pi tengok wayang. Aku layan dua wayang. Cerita hantu omputeh satu, citer hantu cina satu. Habis tu aku beli roti dan balik. Dia dah pesan awal² suruh datang rumah dia sebab dia masak nasi hujan panas. Kebetulan memang aku tak makan lagi. Aku breakfast dengan dia dalam 10.30am. Keluar wayang dalam jam 5pm. Gigih aku mencari rumah dia. Jumpa!

     Masa tu la baru first time jumpa mak dan anak² dia. Aku punya nervous, rasa macam memercik peluh kat dahi ni. Aku buat slumber je. Tapi aku nampak anak dia yang bongsu excited aku datang. Dan tak sampai 10 min aku kat situ, aku dah mesra dengan mak. Topik yang disembang; kucing. Sebab mak ada bela banyak kucing. Jadi aku tackle hati mak dulu. Hehehe. Masa tu dia beriya suruh aku makan sebab keluar dari wayang aku cakap aku memang lapar. Dia yang nak aku makan kat rumah dia. Dia hidangkan. Aku ambil sikit je. Sebab segan. Ecewah...

     Lepas makan, mak tak bagi balik. Mak kata tidur je situ. Aku bagi alasan yang aku tak bawa baju kerja. Dan dia laju je cakap, "takpe, kejap² lagi kita boleh hantar cik bie balik dan ambil baju kerja kan along, adik?". Terus budak² YEAYYY. Aku habis alasan. Terpaksa akur. Ingatkan balik malam tu dah habis ambil baju. Rupanya ada barang yang aku tertinggal. Memang aku tidur rumah dia tapi aku kena balik rumah sewa aku dulu sebelum pergi kerja. Layaann jela.

     Malam pertama tidur bersama. Aku tak dapat tidur. Actually awal² tu aku dah tertidur. Maybe penat drive tak habis lagi. Tengah syiok tidur tu, tiba² aku rasa bahu aku dilanggar. Rupanya dia baring sebelah aku. Masa ni dia bentang tilam queen kat hall. Aku diam. Tak lama lepas tu aku dengar dia berdengkur. Aku cuba pejam mata. Tak boleh. Aku jadi resah. Rasa macam nak terkam dia pun ada. Puas aku tahan perasaan. 'Jangan buat pasal weyh, rumah orang ni. kang ada yang kena penyepak terajang. dia anggap kau tu adik je, jangan nak macam²' aku cakap dalam hati. Last² aku terlena dalam 5am. Jam 5.50am dia dah bangun nak siapkan sarapan anak² semua. Dia tak kejut aku tapi aku bangun jugak. Kan aku nak kena balik rumah sewa aku.

     Okay, habis part tu. Selasa kerja macam biasa, tidur kat rumah sewa sendiri. Rabu dia ajak tidur rumah dia. Aku memang laju je. Orang dah mengajak kan? Hihi. Hari kedua godaan lagi lebih ni. Waktu nak tidur la yang buat aku paling berdebar.Selalu aku tidur ada bantal peluk. Ni dia takda bagi aku bantal peluk. Waktu tidur sama². Baring. Say good night each other. Dia macam biasa. Asal baring je terus berdengkur. Aku je masih terkebil². Aku rapatkan badan aku kat dia. Dia tidur terlentang. Dapat sentuh sipi² pun jadi la. Eh.. Lepas tu dia pusing membelakangkan aku. Aku rasa dah parah sangat. Beberapa hari since hari Jumaat aku berpeople nearby dengan dia memang aku tak cukup tidur. Rasanya badan ni dah habis penat tapi mata degil. Aku nekad. Aku peluk je dia sebab aku tak tahan dah kepala jem macam nak meletup sebab ngantuk tapi mata taknak lena.

     Entah macam mana entah tangan aku ni gatal. Pergi mengusap² lengan dia. Sebenarnya aku melayan mata nak tidur. Aku dengar dia dengkur. Kiranya dia lena la tu. Tapi tiba² dia senyap. Jari aku berhenti. Aku tarik tangan aku, dia toleh aku dan suruh aku tidur. Aku cuma jawab 'hmm okay'. Kemudian dia pusing balik ke belah sana sambil tarik tangan aku peluk dia semula. Eh.. Aku dah cuak ni. Macam dia sedar je aku peluk dia tadi. Sambil² tu dia tepuk² tangan aku. Jem lagi otak aku. Kepala aku maybe dekat sangat dengan leher dia. Nafas aku kena kat leher dia. Dan aku dengar dia bernafas kuat. Ahh sudah.. Aku cuba jarakkan diri. Dia berpaling ke arah aku. Muka dekat sangat. Kalau juihkan bibir rasa²nya bertemu kot. Hahaha. Masa ni lagi la rasa nak gugur jantung aku.

     Aku main² selitkan rambut dia kat celah telinga. Usap² rambut dia. Melayan mata. Rasa ngantuk datang. Dan aku terlelap. Dalam jam 3am macam tu aku terkejut sebab dia menjerit dalam tidur. Dia mengigau, meracau². Aku peluk dia kuat². Tepuk² pipi dia suruh dia bangun. Dia terjaga tapi ada airmata kat pipi dia. Aku cuba pujuk dia dan suruh dia tidur balik. Dia pun tidur. Aku tunggu sampai dia betul² lena, baru aku tidur.

     Dan esoknya dia kata, "datang jela sini, tidur sini. rumah bie pun bukan ada sesiapa". Aku pun datang. Masa duk borak² tengok tv tu, dia ada la usik² kepala aku. Main² rambut aku. Aishhh ni lain macam ni. Geram aku dibuatnya. Macam sengaja je on switch aku dia ni. Bila malam tidur aku minta izin dia, "boleh peluk tak?". Dia izinkan. Dalam aku mamai, aku main lengan dia. Aku dengar nafas dia dah lain. Tapi aku ngantuk sangat. Dekat sejam jugak aku mamai² mengusap² lengan dia. Tiba² dia pusing belakang dan CHUUPPP kat bibir. Terus segar mata ni bak ang... Hahaha.

     Esoknya baru dia mengaku yang sebenarnya dia dah usha aku masa team aku training dengan team Polis untuk game Belia 2014. Dia cakap, "kan kita training sama². bie mesti tak perasan kan? yelaa, masa tu saya gemuk, lagipun tak lawa. kita ni tengok jelaa awak berkepit dengan GA awak yang cantik tinggi lampai tu. tapi pelik la sebab waktu game kat dewan tu saya cari awak tapi awak takda. orang lain yang training ada kecuali awak." Aku tersenyum. Aku cakap, "ooo.. jadi awak stalk saya la ni?". terus dia sembam muka dia kat bahu aku. Haaa, tau pun malu. Kantoi. "memang la tahun lepas tu takda sebab saya kena pergi kursus." Dia angguk² kepala. "tapi hari tu bila nampak awak add kat wechat, terus saya senyum². happy sangat. tukar profile masa main netball tu pun sengaja nak usik awak. nak tengok awak cam tak saya masa kat dewan tu."


- sambung lain. aku nak balik jemput adik balik sekolah.

5 comments:

  1. ehh u... u guys duk mane eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh.. orked email kat sy boleh?
      hedley.aby@gmail.com

      Delete
  2. sambung lg..berapa episod u agak2 drama nie nk abis...kihkihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la bila i nak habiskan cerita ni. nanti ar sambung eh datin seri. i agak busy ni. muaahhh ♥

      Delete
    2. Waaa........bz mgalahkan plak yer..hehehe..

      hmmm....xpela bile2 u free update la yer i xkalut sgt..;-)

      #Mmuuaahhh utk u jgk!

      Delete