Thursday, 7 January 2016

Perkenalan 01

"haa, alang² sebut Naney ni kan.. Camne DK boleh kenal Naney eh?" - AJ

     Ada orang tu tanya aku kat email. Aku tak pernah cerita eh macam mana aku kenal dia? Rasa macam pernah cerita je. Tapi aku cuba cari post tu, macam tak jumpa pulak. Maybe betul la aku tak pernah bercerita lagi.

     Alkisah... Pada suatu hari.. Di keheningan malam, termenung ku berseorang, tak lena mata dipejam, terdengar suara terngiang... Okay, cukup. Pada tanggal 28hb Ogos 2015, aku dilanda keluh kesah sewaktu ingin memejamkan mata. Terasa debaran hari esok. Dek apo debar²? 29hb tu aku ada game netball anjuran Belia. Training ala kadar. Dan aku baru lepas sembuh dari injured masa training futsal. Aku tak berapa confident dengan pergelangan kaki kiri. Malam sebelum game, aku capai handphone. Buka wechat. Dan for the first time aku menggatal pergi click kat people nearby. Satu persatu aku scroll. Mana² yang aku berkenan, aku click, tengok moment dorang.

     Saje je suka² duk berpeople nearby kerana nak melayan mata. Sampai kat satu profile ni aku click. Nickname Sup***m. Aku tengok semua moment dia. Sebab dia display semua. Dari situ aku nampak gambar anak² dia. Gambar kahwin dia. Ada moment yang sedih, ada yang gembira. Then aku keluar dari situ. Aku scroll ke bawah lagi. "Cari orang lain ah" kata hati. Dah jauh scrcoll ke bawah, jari ni tarik balik ke atas. Aku masuk lagi profile Sup***m. Tengok² dan terus tengok. Kat situ kan ada tulis berapa jarak kita dengan profile² tu. Aku tengok wechat tulis 2km. Aku send greeting kat dia. "alaa, mesti tak kan terserempak punya la ni." fikir aku sebab aku bukan jenis yang suka keluar² ni. Entah siapa² la Sup***m ni kan.

     Pagi Sabtu tu kami satu team gerak ke dewan pertandingan. Masa kat situ aku jumpa Kak El, Kak Eton dan sorang lagi kakak yang aku tak ingat namanya. Aku kenal dorang pun sebab tahun lepas team Polis dapat pergi ke Peringkat Daerah mewakili Daerah Je**** dan dorang panggil aku untuk perkuatkan bahagian shooter. Masa game Belia 2014 aku tak dapat join sebab kebetulan hari game berlangsung aku masih kat Port Dickson ada kursus kat sana. Memang frust. Tu yang bila dapat join game Belia 2015 ni, aku pulun kaw² masa main tu. Awal² sebelum pendaftaran aku ajak budak² team buat hantaran dan shooter. Bagi panas badan.

     Baju aku lencun basah sebelum game. Budak² ni sampai cakap, "kau mandi ke ni? belum start game lagi dah basah.". Masa ni berat aku dah kurang sikit. Ala² on diet dan aktif sikit jogging + zumba. Rasa ringan nak melayang². Bila game dah on, ada part yang refferee sangat² berat sebelah. Bila team pilihan dorang buat salah, reff buat² tak nampak je. Time team kitorang or polis, sikit² prriiitt. Ada la seorang dari team polis ni nampak kaki team pilihan reff dah keluar dari line masa ambil bola. Aku dengan dia buat argument kat reff pasal tu. Tapi reff buat buta kayu je. Padahal aku dah kena sebelum tu. Kaki aku sipi² nak pijak line but reff dah tiup wisel. Mana tak hangin weyh bila team pilihan reff terang²an out depan mata dan aku nampak reff memang tengok kat budak tu tetapi reff tetiba jadi buta kayu. *grrrrr marah ni, aku marah.

      Aku pun sohseh² la tak puas hati dengan kakak team polis tu. Dia cakap, "nampak kan kaki budak tu keluar?" Aku pun iyakan. Nak je aku hempuk reff lembut tergedik² tu. Dari awal aku rasa nak luku je dia. Geram!! Okay, habis 4 game main. Pengurus team dipanggil untuk semak team yang layak pergi ke separuh akhir. Aku berharap sangat² team aku tak pergi separuh akhir. Hahaha. Why? Sebab aku nak kena balik Joho petang tu jugak. Dan walaupun menang 3 game, kalah 1 game memang team aku tak layak ke next round. Sukanya aku!! Haha. Aku pun apa lagi, cepat² kemas barang dan berdezupp pecut balik rumah sewa. Lebih kurang 50min dengan perjalanan 60km+-.

     Sampai je rumah terus mandi cepat², gaulkan nasi untuk kucing dan angkat beg galas yang dah siap packing malam sebelumnya. Gerak ke Joho 4.45pm. Sampai rumah abah dalam 7.10pm. Abah dah siap²kan makan malam. Memang lapar. Sebab aku tak sempat nak makan. Aku drive tanpa henti. Malas aku nak singgah hentian rehat. Sampai² je terus mentekedarah tak hingat! Sedap sampai tersandar lepas makan. Hahaha. Buruknya perangai anak dara!!

     Sambil duduk² tu, aku capai handphone. Tetiba masuk notification wechat.Tertulis I've accepted your friend request. Now let's chat! ."Eh dia dah approve" Aku masuk ke part chat.

Aku: Eh eh

Dia: Eh eh apo lak

Aku: Ada main netball siang tadi eh?

Dia: Yo dik. Hahaha

Aku: Haha. Keciknya dunia. Add semalam, tup² hari ni nampak pulak pic netball tu. *icon monyet tutup mata

Dia: Yo akak sebelah awak jer.. *icon menyengih nampak gigi

Aku: Sebelah eh? Mano eh? Macam tak perasan je? Kempas?

Dia: Akak team samo El. Qmix

Aku: Kak el? Awat macam tak cam eh? Hahaha. Serious malu gila ni. HAHAHA

Dia: Hahaha. Takyah nak malu sangat lor

Aku: Siapa menang tempat pertama dan kedua tadi?

Dia: Entah.. Kitorang tengok baju kuning tu ada, tu kitorang blah. Makin panas je duduk situ. Panas tengok jantan baju putih tu, rasa nak hempuk je. Berat sebelah.

Bla bla bla bla...

Aku: Eh nak panggil nama apa eh? Tak sempat nak tanya nama tadi kot.

Dia: Panggil Angah je.

Aku: Hahaha. Ni duk senyum² je ni ha. Semalam duk gatai add orang, hari ni jumpa pulak kat game netball.

Dia: Hahaha

Aku: Hahaha. Gila la.

Dia: Itu la, Angah tengok macam kenal je. Tu yang accept. Kalau tak, memang tak ler.

Aku: Hahaha. Adui.. Macam nak remove je. Hahaha. Malu malu.

Dia: Alo².. Yelaa, siapa la kita. Tak glamor.

Aku: Opss jangan la gitu. Yang glamor Kak El dan Kak Eton. Star Qmix.

Bla bla bla

     Di situ la permulaan perkenalan aku dengan Naney. Konon² pada awalnya dia suruh aku anggap dia macam kakak je. Aku memang tak menyerlahkan diri aku sebagai pencinta wanita. Aku tak nak orang tahu perasaan aku yang tak normal ni. Jadi aku act macam wanita normal. Macam mana aku boleh declare dengan dia?? Nantikan sambungannya bila aku rajin ye. :)

8 comments:

  1. hmmmm...bile part sambungan y xthn nie...huhuhu

    # cepat la smbung nk taw ksudahan nie..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. laju je kan.. baru post, terus dia dah baca..

      Delete
  2. hahaha terus die buat entry!

    ReplyDelete
  3. awak citer kat saye dlm wasap la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, yelaa kan.. sy wasap citer kat awk.. lupa sy..

      Delete