Ha ni aku ada menda nak cerita ni. Pasal apa? Pasal aku dan Naney la. Kalau rasa tak suka, jangan baca tau. Ni aku bagitahu awal². Kang jangan kata aku tak bagitahu. Blog ni khas untuk aku bercerita apa yang aku suka. Dan setakat ni aku masih sukakan Naney. Jadi izinkan aku bercerita ye. *sengaja menceceh² jemah kat sini.
Sebelum aku balik kerja semalam, Naney ada whatsapp aku. Minta tolong belikan plastic wrapped buku sebab dia nak balut buku teks Along. Balik je rumah aku tengok si dia terdampar atas sofa belakang. Tidur berkeroh². Amboiii kemain syiok lagi eh dia tidur. Panas² mengengat pun dia boleh lena. Aku tak kacau dia. Aku pergi cari nasi. Kebulur nasi. Siap makan, lepak tengok cerita Kingsman: Secret apenda entah dengan si Ateh.
Tak lama tu dia pun bangun. Dia melepak kat belakang lepas tegur aku yang leka tengok tv. Aku pergi belakang. Rindu sikit. huhu. Sambil duduk², berborak. Macam biasa. Borak kosong je. Pasal rutin dia. Aku dengar. Disebabkan aku takda nak buat apa², aku bangun pergi kutip kain² baju yang dia dah jemur tengahari tu kat ampaian. Longgok depan dia, melipat la aku satu persatu.
Lipat baju. Lipat seluar anak². Lepas tu ada pula bahagian underwear. Dalam 4 - 5 helai dia punya. Setiap kali baju or apa² yang aku tak kenal, aku tanya kat dia "yang ni siapa punya?". Kejap Ateh, kejap Atai. Kadang² terselit jugak anak buah dia punya baju la, panties la. First panties aku lipat, "yang... ni siapa punya?". Saje pura² tanya padahal sah² la memang dia punya. Dia pun jawab, "sey punyo". Okay, aku senyum sikit. Mata dia leka main handphone. Second panties, "yang ni siapa punya?". "sey" jawab dia lagi. Masa tu dah dengar kuat sikit dah. Aku senyum je sambil sambung lipat² panties dia. Yang ketiga pun sama. Soalan yang sama dan dijawab dengan jawapan yang sama. Last² aku cakap, "boleh tak nak ambil satu ni then bawa pergi office? kalau rindu, saya nak gulung² then korek² dalam lubang hidung?" dengan muka yang serious pandang ke dia penuh mengharap. Lepas tu dia terus pandang aku dan PAANNGG. Eh, mana ada dia PANG aku. Dia cakap, "jangan nak macam² eh bie. mula la tu nak start pandir dia.". Tersembur aku gelak. Dia pun ikut gelak. Handphone terus letak tepi. Adehh.. senak perut gelak.
Nak mampus bawa natang tu pergi office? Jadahnya la siap nak gulung² then masuk korek² dalam lubang hidung. Aduilahai.. Makin teruk lawak spontan aku dengan dia sekarang ni. Tapi dia gelak tu kira okay la kan. Kalau batu lesung melayang tu, memang parah. Pasni nak kurang²kan sikit bergurau ni. Asyik nak menyakat dia je kerja aku sekarang. Siap je melipat semua, dia suruh aku mandi. Dia suruh makan. Dan malam tadi aku tidur awal. Sebelum jam 11 aku dah hanyut. Tak tunggu dia pun. Cukup cakap kat dia yang aku nak tidur, kiss dahi dia dan zzzz.
Dan pagi ni bangun² je dia dah siap buat nasi goreng. Semalam ada orang kata, "pelik² je sarapan you pagi² makan keropok lekor.". Ha hamek kau. Pagi ni breakfast kat rumah nasi goreng dan siap bawa bekal lagi tau. Aku saje² call dia tengahari tadi dan dia kata hari ni masak kari ayam. "kalau bie nak balik makan, balik la. nasi ada kat belakang. lauk dah siap masak. tapi saya keluar hantar makanan kat adik kang. adik keluar 1.35pm". Petang ni aku nak kena ambil adik balik sekolah jam 5pm. Kang tak sempat pulak aku nak letak makanan kucing kat rumah sewa aku. "takpelah awak, saya makan petang kang jela. lunch hour ni saya balik irama letak makanan kucing."
Loghat yang digunakan hari ni:-
Sey = saya. boleh jugak guna den
Punyo = punya
tetibe tersembur air nescafe duk syok minum dgaq ayat tersebut..mcm pernah ku dengar tp di mane yah!..hahhaha
ReplyDeleteuihhh dah banyak masuk komen ni. hahaha.. pasaipa la minum sembuq².. haha
Deletehahaha...dh delete dh aih..byk bebenor komen yer...;-)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete