Tuesday, 19 January 2016

Masalah

     Aku ada banyak masalah.

1. Kaki kuat berpeluh - automatik kaki jadi berbau. memang tak selesa. aku google petua untuk atasi masalah ni. tapi rasa macam tak okay je. tak tahu dah macam mana nak buat.

2. Pening berambut panjang - ni pun satu masalah jugak. naney suruh aku try jangan potong pendek. tapi dia cakap kalau dah selalu sangat pening, boleh la potong pendek. yang menjadikan masalahnya sekarang, aku nak gunting rambut kat BSP je. aku taknak gunting tempat lain. jauhhhhnyyyyaaa lahaaiiii...

3. Rabun silau - aku rasa makin teruk rabun silau ni. especially masa drive dari senja hingga ke malam. aku paling gerun nak drive waktu² tu. kadang tu kalau terpaksa drive, aku cuma berpandukan line tengah jalan yang terdekat mata memandang. teruk kan?

4. Berat makin naik - haa, ni la padahnya kalau terlalu bahagia. dulu aku dah turunkan berat berbelas kilo. maka bila bahagia, berat pun naik semula. terima kasih sayang sebab masak sedap sangat. teringat pulak daging kurma dia masak hari ni. mmmm...

5. Mempercayai orang - aku sangat mudah percayakan orang. dan orang² tertentu je aku bagitahu kisah hidup aku. tapi selepas semalam rasanya aku susah nak kembalikan kepercayaan tu. jadi aku akan berdiam pada orang² yang aku nak berdiam. kalau orang lupakan aku terus lagi bagus rasanya.

6. Terlalu baik - aku baik sangat dengan orang. termasuk ex². kadang ada ex yang faham. ada jugak yang tak faham. yang tak faham bahasa tu memang tunggu masa je nak kena sound dengan naney. yang faham tu siap boleh pi karaoke sama², datang lepak tidur rumah macam adik kakak.

     Setakat tu jela coret² aku petang ni. Nak sakit hati lama² tak guna kalau orang lain happy kan. So let bygone be bygone. Hidup aku bukan untuk orang² yang boleh sukati nak judge aku. Kalau dah kenal aku pun masih nak judge macam² memang lagi bukan la untuk aku fikirkan. Aku ada kehidupan aku. Dan kalau semua benda boleh putar balik, aku tak minta banyak. Aku minta untuk putar sampai ke saat aku tak kenal sesiapa dalam blog ni di dunia luar. Biar aku dalam dunia syok sendiri berblog.

No comments:

Post a Comment