Tuesday, 19 January 2016

Pelik

     Selepas seminggu lebih tak berhubung (call dan text) dengan seorang kawan ni, tiba² semalam aku dikejutkan dengan text dari dia.

Dia: Salam El**, bagi account number awak. Saya nak bayar duit yang awak pinjamkan.

Aku: Wa'alaikumsalam. Awak sihat Ms. N?

Dia: Alhamdulillah sihat. Awak ada account maybank tak?

Aku: Ada. Awak cukup belanja ke nak ganti ni?

Dia: Bagi no account ea. Petang ni InnsyaAllah saya bank in. Cukup je, selagi tak bayar tak senang hati.

Aku: Okay la kalau awak dah cakap macam tu. (aku pun send no account aku)

Dia: Okay.. Nanti dah bank in saya inform. Thanks El**.

Aku: Kenapa menjauh Ms. N? Takpe, takyah rushing.

Dia: Saya jauh dengan semua orang

Aku: Okay. Ikut awak la Ms. N. Just take care. Kirim salam kat mak ayah nanti.

Dia: Okay.

     Aku pelik. Sebab dia tak macam dulu. Tak macam yang aku pernah kenal. Dan tak seperti dia yang aku kenal. Memang akhir² ni aku tak text dan call dia macam selalu. Macam aku cakap, aku busy seminggu lepas sebab settlekan kerja untuk aku bercuti balik kampung. Memang aku tak text. Bila kat kampung, line internet pun macam hape. Tapi elok jugak takda line sebab aku dapat sepenuhnya melayan sepupu² dan ibu ayah.

     Yang menjadikan aku pelik ada banyak benda. Since dari dia text aku dah rasa macam ada yang tak kena. Alaaa aku bagi duit kat dia tak banyak pun. RM50 je kot. Awal² bagi kat dia tu aku ikhlas. Dia tanya kenapa aku bagi. Aku cuma bagitahu aku ada lebihan duit dan aku suruh dia guna untuk beli keperluan dia. Aku tak mengungkit. Aku cuma cakap kalau ada rezeki lebih nak bayar, bayar la tapi kalau takda tu kira halal je. Sebab tu aku buat² tak ingat pasal duit tu. Cara dia text aku pun rasa macam dingin. Nak² lagi bila aku suruh sampaikan salam pada parents dia. Selalu dia jawab InnsyaAllah tapi semalam dia jawab apa? Nampak kan?

     Okay, aku diam. Lepas tu aku sambung buat kerja. Petang lepas balik kerja, aku balik irama. Dengan kepala yang sakit dari tengahari, aku gigih balik irama bila fikirkan abu n the gang mesti lapar. Sedang aku golek² atas tilam, ada mesej masuk. Rupanya Ms. N.

Dia: Saya dah bank in.

* 7 min kemudian *

Dia: And nak minta tolong awak unfollow saya kat instagram sebab nanti kawan² awak jumpa insta awak dan tahu insta saya.

     Masa ni aku sedih. Seriously aku sedih gila. Dia tahu aku takda insta sebelum ni. Dan aku buat insta untuk follow dia je. Aku faham dia nak rahsiakan identiti dia. Selama ni pun aku menjaga segala tentang dia. Orang korek la macam mana sekalipun aku tetap kata aku tak tahu. Orang tanya, 'dia keluar dengan siapa tu? tak kan awak tak tahu'. Jawapan aku, 'tak, saya tak tahu'. Orang tanya, 'ada gambar dia tak? nak tengok la muka dia macam mana?' Jawapan aku, 'kenapa tak minta gambar kat dia? saya takda gambar dia. cuma saya boleh tahu dia kurus sangat dan rendah je orangnya'. Orang tanya, 'awak ada fb dia tak?' Jawapan aku, 'tak, saya takda fb dia. cuba la tanya dia'. Hakikatnya aku tahu dia keluar dengan siapa, aku ada gambar dia (siap gambar aku berdua dengan dia lagi) dan aku ada fb dia. Cuma aku 'menjaga' rahsia dia yang dia sendiri ingin rahsiakan daripada orang lain. Aku bukan nak menipu. Tapi kalau nak tahu semua tentang seseorang, biarlah orang tu sendiri yang bagitahu. Bukannya aku. Itu bukan cara aku.

     Cuma kebetulan masa dia sebut pasal insta ni, aku sedang berbual dengan seseorang. Kawan. Seorang yang baru aku kenali. Aku happy bila dapat kawan baru. Macam Kak Ita. Mula² panggil nama je. Tapi masa kat Pontian aku bercerita pasal aku dan saat tu aku tak tahu apa yang dia rasa dan dia minta aku anggap dia macam kakak aku. Seriously aku happy. Aku bukan bercerita untuk meraih simpati orang. Cuma aku nak orang faham yang hidup aku tak semudah yang orang sangka. Aku sendiri masih berperang dengan perasaan. Dan semalam kawan tu dengar suara aku berubah. Dia tahu aku sedih. Aku tak tahu apa salah aku. Cuma aku simpulkan yang Ms. N ada dengar cerita tak best dari sebelah pihak dan terus dia act macam tu. Itu hanya tekaan aku. Hal sebenar aku tak tau. Aku cuba buat² tak reti. Tapi perasaan sedih ni aku tak dapat sorok. Aku menangis depan kawan tu, aku muntah² sebab cuba menahan rasa sedih. Dia pujuk aku untuk balik rumah Naney. Aku balik.

     Malamnya sebelum masuk tidur dalam 10.30pm, aku curi² hantar text kat Ms. N.

Aku: Okay, tq. Done unfollow your insta n wattpad. No worries. Takda sorang pun kawan² dalam insta n wattpad saya. Pasal fb if taknak kawan² saya jumpa dan tahu fb awak, unfriend saya. Sekurang²nya saya masih menjaga nama baik awak. Saya masih sembunyikan  semua identiti awak dari kawan² saya yang juga merupakan kawan² awak. Berhati² dalam berkawan. Yang kita sangka baik tu kadang² jenis tak disangka. Assalamualaikum.

     * 30 min kemudian *

Dia: Wa'alaikumsalam, thanks for your advice. And I hope you do the same, berhati² bila berkawan. Jaga hati Naney, kalau boleh setia sepenuhnya dengan partner. Jangan banyak share rahsia dengan orang, awak tak tahu siapa yang awak boleh percaya. Trust me, sometimes ada hal yang awak kena sorokkan. People come and go. Trust is expensive, loyalty also expensive. Hari ni orang tunjukkan dia sayang awak, esok² dia sayang orang lain pulak. What goes around, comes around. Ikhlaskan hati dalam perhubungan, tak kira percintaan atau persahabatan. Don't do experiment. It's hurt to be experimented by people you adore and trust. Please be mind, kadang² apa yang kita buat, kesannya mendalam pada orang lain. Thanks for being a good friend, you used to be my Ma** and I appreciate everything you did for me. Remember El**, langit tak selalu cerah tapi saya doakan langit awak sentiasa cerah dan pelangi sentiasa menggembirakan awak.

     Okay. Panjang. Berkali² aku baca. Aku highlight banyak benda.

berhati² bila berkawan
Suruh aku berhati² bila berkawan? Memang aku berhati². Aku harap kau pun macam tu. Harap kau tak kan dapat kawan yang akan membuka rahsia kehidupan kau kepada orang lain. Dia yang akan menjaga rahsia kau sepertimana kau menjaga rahsia dan identiti kau. Tapi pernah aku ungkap aku terkilan bila officemate dan kawan baik kau tahu pasal aku. Seriously it makes me think, "kenapa kau dedahkan siapa aku yang sebenar?". Aku berbual, teman melalui video call bukan untuk orang tahu diri aku ni macam mana. Aku cuma selesa bersama kau. Untuk bertukar pendapat dll. Memang naluri aku macam ni tapi aku tak kan exposed diri aku untuk orang sekeliling terima naluri aku yang macam ni. Ye, aku maafkan bila kau sedar yang itu adalah kesilapan kerana dalam keghairahan kau berkawan secara tak sengaja kau mendedahkan identiti aku yang sebenar.  

setia sepenuhnya dengan partner.
Aku kena setia. Ye, aku tahu. Naney terlalu baik untuk aku. Mungkin kau anggap hubungan kau dan aku yang buat aku tak setia dengan Naney. Betul? Kau rasa aku layan kau lebih? Macam tu? Sebab aku layan baik? Ermm.. Rasanya dengan kawan² lain aku layan baik selagi orang tak buat taik dengan aku. Eventhough dengan ex aku yang Lieya pun aku baik sampai boleh ajak karaoke dan tidur rumah lagi. Masih lagi aku boleh pergi rumah ex aku yang Intan. Tapi kau rasa aku kurang setia? Sebabnya aku curi² pergi jumpa kau. Macam tu ye? Ermm. Kalau tu yang buat kau rasa aku tak cukup setia, terpulang la. Sekurang² aku masih menjaga perlakuan aku pada kau. Aku tak menyentuh mengikut nafsu. Masih tak cukup setia? Okay, terpulang.

tak tahu siapa yang awak boleh percaya 
Nak tahu tak? Bila kau text macam ni, buat aku terfikir². Buat aku terfikir² kenapa so sudden kau berubah. Mesti ada sebabnya. Apa yang aku dah buat? Seminggu lebih aku tak contact kau. Jadi kenapa tiba² jadi dingin macam ni? Sampai suruh aku unfollow apa semua tu. Ini yang buat aku terfikir, 'mesti ada yang meracun dia ni'. Aku nak teka teki orangnya pun aku malas. Cuma aku nak berterima kasih pada kau sebab membuka mata aku untuk nilai semua orang sekeliling. Samada yang dah lama or baru kenal. Aku dah jadi syak wasangka dengan semua orang. Aku tak tahu dalam ramai² kenalan kita ni, entah siapa yang aku boleh percaya sekarang. Aku akan buka mata, berhati² dengan setiap kata². Dan aku pun nak kau macam tu. Kadang orang paling dekat dengan kau tu orang yang paling tak boleh dipercayai. Kalau kau dengar cerita sebelah pihak tentang aku, direct tanya kat aku betul ke apa yang kau dengar. Jangan jump into conclusion macam ni. 

Hari ni orang tunjukkan dia sayang awak, esok² dia sayang orang lain pulak 
Ye betul. Aku akui. Macam dulu. Mula² kau tunjuk kau sayangkan aku. Kemudian kau sayangkan orang lain. Aku cuba membetulkan makna 'sayang' dalam hati aku. Sebab aku akui agak terlari dari landasan sayang sebagai kawan. Sikit la aku terjatuh. Tapi aku cuba untuk sayang kau hanya sebagai kawan. Memang aku caring. Tanya ex² aku. Dari jauh aku masih ambil berat. Bila susah aku akan sentiasa ada. Sebab walaupun dia ex seburuk mana pun, dia penah satu masa dulu membahagiakan aku.

Ikhlaskan hati dalam perhubungan, tak kira percintaan atau persahabatan 
Kau kenal aku. Bukan seminggu dua kau kenal aku. Tapi kau masih nak suruh aku ikhlaskan hati? Nampak macam kau sebenarnya memang tak kenal aku.

Don't do experiment. It's hurt to be experimented by people you adore and trust
 Eksperimen? Apa yang kau maksudkan eksperimen? Eksperimen nak uji hati kau pada aku? Ni aku nak tanya sikit, selama ni aku bereksperimen ke? Bila aku tunjuk aku sayangkan kau or mana² kawan² aku, aku memang sayang. Aku hargai orang² yang ada dalam hidup aku. Tapi dari ayat ni nampak kau tuduh aku buat eksperimen segala. Kalau dah kau nak fikir macam tu, aku malas nak cakap. Aku benci orang menuduh aku tak tentu pasal. Judge aku macam² sedangkan orang tak kenal aku macam mana. Macam kau. Aku rasa kau kenal aku. Tapi tak tau mangkuk hayun mana yang brainwash kau entah sampai kau boleh cakap macam ni.



     Aku tak benci kau. Tapi atas nama persahabatan, silaturahim yang dah pernah wujud ni aku sangat² terkilan dan sedih. Bila mana kau judge aku macam², aku rasa kesal. Ada perkara yang aku tahu tentang kau dari orang lain. Tapi aku tak nak keruhkan keadaan dan aku ambil keputusan untuk diam. Aku tak nak kita semua jadi gaduh. Aku anggap aku tak pernah tahu semua tu. Dan bila hal dah jadi macam ni, orang lain akan nampak mana silapnya. Kalau ada orang lain yang tahu duduk sebenar masalah ni, boleh la kot cuba selesaikan dan perjelaskan semua ni. Sebab sampai saat aku menaip ni pun aku masih tak tahu kenapa KAU boleh berubah macam ni sekali. 

# kepada sesiapa yang whatsapp, telegram ke hape² dengan aku, kalau aku tak reply tu jangan cari aku lagi. aku rindukan kehidupan aku yang jauh dari masalah. lagi ramai aku kenal, lagi banyak masalah aku. aku tak nak buang masa fikir pasal orang dah. aku akan menulis untuk diri aku sendiri. Assalamualaikum.

11 comments:

  1. cheer up. i think that person is having problems with herself. i too, am sociable, but it would be a mistake to think that is a character defect. stay true to yourself. your real friends appreciate who you are.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for your words zhu. much appreciated. will always be myself. tqvm ☺

      Delete
  2. Replies
    1. bukan artis. cuma org biasa. awk tak kenal pun orangnya.
      # mlm tadi mimpi awk. cute sgt. hubby n isha pun ada sama. rindu ^___^

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah masih sabar. cuma hangin sikit dgn kuih talam.

      Delete
    2. el ada contact Ms. N tu lagi tak??ke memang dah takda langsung?

      Delete
    3. takda. el ignore semua text dia. tawar hati nak hadap org yg suka menuduh. sebab ni 2nd time kena tuduh benda yg el tak buat.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. takyah nak bincang sgt la. masa menuduh ada fikir tak nak tanya elok²? takda kan? main hentam je. takda la, org lain. :)
      biar dia n sy je yg tau.

      Delete