Wednesday, 13 January 2016

Kahwin

     Dengan bebanan ekonomi sekarang (tipu la kalau korang tak rasa terbeban dengan itu ini), buat rasa macam aku kena kahwin dengan orang yang mampu menyara hidup aku. Kena ada suami yang boleh bagi nafkah zahir kat aku. Kadang rasa macam terlalu penat berdikari. Selama ni memang dah banyak yang aku lalui. Semua aku boleh buat. Survive walaupun susah. Bila toleh ke belakang, aku sendiri seram tengok liku² kehidupan yang aku harungi dari kecik sampai la membesar dengan jayanya hari ni. Hidup aku tak semudah yang disangka. Berperang dengan seluruh alam. Hmm...

     Okay, cerita pasal kahwin tadi. Dulu masa arwah mak ada, aku cakap "mak, kalau ada orang masuk meminang dan mak tengok dia okay, mak terima je tau. nanti pilih tarikh yang sesuai dan panggil orang balik. orang terus kahwin je." Tapi bila mak dah pergi, aku rasa takda sesiapa layak buat macam tu untuk aku. Pasal jodoh, seberapa senget perasaan aku ni ada ketikanya aku ada perasaan nak ada family sendiri. Aku ada anak, ada tempat aku nak bermanja (selama ni aku je duk memanjakan girl²). "saya nak cari yang kaya². lepas tu nak berhenti kerja. jaga makan minum dia. nanti bila dia balik kerja saya sambut dia kat pintu dan cakap abang nak minum apa? saya buatkan eh. rehat la dulu." Benda ni aku cakap kat Naney. Dia sengih² je. "orang kalau cari laki, cari yang beriman, boleh bimbing awak. ni kalau duit berkepok² tapi perangai haram, baik tak payah" tempik Naney kat aku. Aku tergelak besar.

     Seriously?! Ada ke orang nak kat aku. Naney selalu pesan jangan layan suami orang. Sebab setakat ni yang usha² aku semua suami orang. Saje dorang nak test try aku kot sebab dorang tahu aku macam tak minat kat kaum adam ni. Hmm. Kadang aku fikir. Tak kan suatu hari nanti aku sorang²? Aku takda sesiapa. Takda anak², suami lagi la jauh. Merancang nak ambil anak angkat pun setakat tinggal rancangan. Makan sendiri pun tercungap² ni ha. Kadang rasa takut untuk berseorangan tu datang. Tak selamanya Naney dan anak²nya ada dengan aku. Maybe sampai satu masa nanti aku akan balik kampung halaman aku and be alone.

     Ada yang tanya kenapa aku trauma dengan lelaki. Susah aku nak cakap. Aku tak pernah bercinta dengan lelaki. Tak pernah ada lelaki yang 'sentuh' aku. Tapi maybe lelaki² yang ada sekeliling aku buatkan aku rasa takut. Kalau ingatkan pada kenangan, boleh timbul kebencian. Perempuan selayaknya dilayan lebih baik. Bukan dengan pengabaian dan penderaan mental. Tapi sesetengahnya langsung tak pernah fikir. Apa gunanya menjadi imam yang tak berfungsi? Memang manusia tak lari dari khilaf. Tapi bila keadaan berterusan tanpa sedikit pun rasa untuk memperbaiki keadaan, di mana letaknya hati dan perasaan? Mengabaikan anak². Ditinggalkan tanpa terbela.

     Dan jika sudah sampai sisa² menghabiskan usia baru nak ingat anak², dah terlambat rasanya. Dah senja baru nak ingat anak² yang mana yang akan menjaga saat uzur menjengah, nyanyuk menimpa. Bila dalam kesusahan pula hendak mengungkit jasa membela, mengutip anak yang tidak pernah dianggap. Sewaktu muda mudi sangat² alpa. Mencari keseronokan dunia luar sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Dan bila diingati peristiwa beberapa hari selepas pemergian mak, rasa hati bagai dihiris. Tak terkata. Sungguh aku terlalu hina sehingga perkara lama diungkit.

     Mujur Lieya ada. Dia menenangkan hati yang remuk. Memujuk jiwa ini supaya tenang. Saat aku kehilangan tongkat untuk aku terus teguh, Lieya meminjamkan diri. Membuatkan aku rasa aku masih mempunyai seseorang yang dapat memahami aku. Pilu bila mengenang. Pedih bila memori masih terpahat.

* tak boleh teruskan. nanti kawan² aku tanya kenapa aku nangis. take care semua.
    

2 comments:

  1. there is no reason why you and naney can't have your life together if you guys are thinking along those terms. i understand that you can't be out with your relationship, but you guys can have your own place on the basis of 2 friends (adik/kakak angkat) living together, raising the kids together. yes it is tough to survive in this economy, everything is so expensive.

    having a partner is a 2 way street, both ppl pamper each other, instead one who acts as the masculine partner (and can't get equal affection).

    ReplyDelete
  2. hmm..no komen la u..tp klu dr segi perkahwinan mybe i bnasib bek cikit kot...tp dr segi naluri..mcm u ckp msh bley di perbaiki..huhuhu

    tp mmg xdi nafikan bebanan ekonomi skg ckop2 stress sbnarnye..nak2 kite y dh ade ank nie hah..kperluan kite selalu di abaikan asalkan anak2 ckop mkn pkai n pendidikan..bile tgk kperluan anak2 ckop itu lah kebahagiaan sebenar bg i..wlaupon ckp2 mkn je..huhuhu

    #Ape-ape pon enjoy ur life k...jgn pikir bende2 y belom terjadi trskan kehidupan slgi tmampu...xsemua bnde y kite nk kite kan dpt..kdg kale bnde y kite dpt pon blom tentu sempurna n hidup xbahagia xgune jgk..huhuhu

    ReplyDelete