Alhamdulillah aku masih istiqomah berdiet. Hahaha. Aku diet
kenyang. Diet makan². Tapi letak lebih exercise. Lebih?? Seriously lebih
ke bie? Ermm.. Rasanya takda la lebih sangat pun. Biasa² je janji
keluar setitik dua peluh di dahi. Acah² dah kurus je sejak mulakan diet
1hb hari tu. *sigh*
Tapi betul la. Kali ni aku
kena lebih berjaga². Kena sayangkan diri sendiri sebelum sibuk nak
sayang perempuan sana sini. Sana sini tu takda pun sebenarnya. Ayat je
lebih bagi gempak. 23hb Sep hari tu betul² aku ambil ukuran berat aku.
1hb Okt aku ambil ukur lilit dada, pinggang, pinggul dan sebelah peha.
Alhamdulillah untuk timbangan ada la pengurangan sikit walaupun tak
seberapa. Aku kena motivate diri sendiri. Supaya aku tak lemah dan putus
asa. Kan?
Untuk kiraan ukur lilit tu, aku nak
cuba ukur selepas seminggu atau dua minggu dari tarikh aku mula tu. Aku
nak tahu samada exercise aku memberi kesan positif atau sebaliknya.
Untuk ukuran berat pula aku akan pantau setiap hari dan buat review
setiap minggu samada ada penurunan atau sebaliknya. Dalam masa yang
sama, aku catat semua jenis makanan yang aku telan. Nak tengok pola
pemakanan yang macam mana boleh bagi effect naik berat badan ni.
Dan pagi tadi aku dapat perkhabaran yang sorang makcik kenalan arwah
mak dah pergi menghadap Ilahi. Bermula dengan demam dan mempunyai
sejarah kencing manis. Puncanya taknak makan ubat. Dan akhirnya didapati
mengalami kerosakan buah pinggang. Penyakit itu penyebab, ajal semua
telah ditentukan. Tapi tak salah kiranya kita cuba menjaga tubuh badan
supaya jauh dan terhindar dari penyakit kan?
Walawei... Betul ke aku yang taip ni? Macam kerasukan pakar kesihatan je
aku ni. Hahaha... Layankan je jari jemari yang menari ini ye wahai
awak² yang sedang membaca.
Aku kalau boleh, target
nak dapat berat ideal. Rasanya seumur hidup belum merasa kot. Alahai
kesiannya kau bie. Takpelah, kali ni aku cuba eh badan. Aku cuba bagi
kau capai hajat di hati. Kau nak berat berapa? 60kg? Okay, boleh. Boleh
sangat tapi untuk tahun depan la ye. Tahun ni tak sempat dah.
Buat masa ni... Biar aku dan diriku. Ececeh ayat. Yelaa, sekarang aku
sorang². Jadi biar aku manjakan diri aku. Buat apa² je yang boleh buat
aku happy. Kadang hati kita ni bila dah selalu terguris, jadi sensetif
sangat. Orang bukan faham pun. Takpe, satu hari nanti kau akan sorang²
jugak. Tak kan ada sesiapa pun untuk kau nanti. Kau kena ingat, tak
selamanya orang yang kau sayang tu akan sentiasa ada dengan kau. Dia
boleh hilang dan pergi dengan bermacam cara.
Aish.. Apekehalnya cakap menda² jiwang ni? Dah cukup, mulai hari ni aku
update pasal kesihatan jela ye. Kisah cinta kena privacy dan lenyapkan
dari umum. :)
Esok aku akan ke rumah Naney. Buat
apa? Cinta bertaut kembali ke? Esok je aku cerita eh. Aku pun berdebar
jugak nak ke sana sebenarnya. Lalala...
No comments:
Post a Comment