Thursday, 6 October 2016

31

     Semalam pergi kedai ibu Zet. Last jumpa ibu hari Sabtu sebelum aku hantar dia balik kampung. Ibu senyum² dan cakap dah nampak kurus sikit. Wow!! Aku pun apa lagi, mula la senyum kambing. Kiranya ada la hasilnya kan? Takda la aku hangat² tahik lembu. Setakat ni la tapi esok lusa tak tahu macam mana dengan azam aku ni.

     Hari ni pulak pergi kedai ibu pagi². Tapau sarapan. Ibu cakap lagi, "dah nampak bentuk pinggang sikit". Aiseymen... Lagi membuak² la rasa nak berdiet ni. Mana la tahu ngam raya tahun depan boleh berkebaya ke kan? Hahaha.

     Sebenarnya selain niat nak kurus dan nampak cantik jelita menawan kalbu (standard la perempuan kan) aku nak hidup lebih sihat. Kalau esok lusa aku sakit, siapa nak jaga aku? Kalau boleh hindar beberapa penyakit especially penyakit tiga serangkai (darah tinggi, kencing manis, sakit jantung) dengan senaman dan makan makanan yang sihat, why not aku mulakan dari sekarang. Umur dah 28 baru nak sedar ke Bie? Ermm... Aku perasan kalau aku sedar mesti sekejap je kesedaran tu datang. Lepas tu lena dan hanyut balik dengan abaikan pemakanan dan senaman. Sebab takda orang nak tegur.

     Dan mungkin kali ni aku dah jumpa geng yang sekepala. InnsyaAllah kami sama² akan ubah hidup kami. Ehh meh nak cerita sikit. Tadi ada kawan tegur. "cantik kau pakai tudung bawal. nampak macam dah kurus sikit badan tu. wewwwit". Hahaha. Tersipu² la aku kan. Selalu aku sarung tudung makcik² je. Bila aku pakai tudung bawal memang muka nampak lain. Cumanya aku tak rajin nak iron tudung bawal. Lalala..

     Bila dah ada beberapa orang yang tegur nampak aku dah kecik sikit badan ni, maka aku kena lebihkan usaha untuk terus turunkan berat badan. Green tea setiap hari tak boleh tinggal, makan segenggam nasi sekali sehari dan elakkan makan makanan karbohidrat selepas jam 7 malam. Eh, banyak lagi rasanya aku buat. Cerita lagi nanti la eh. Nak buat kerja jap.

 Telah kehilangan berat sebanyak 3.3kg within 2 weeks.
Usaha lagi Bie!!

2 comments:

  1. Sedekah sikit lemak tu kat saya.
    Nak naik sekilo pon payah, hmmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sini datang amik meh..
      Ermm.. kenapa ye susah sgt nak naik tu?
      Makan tak seimbang kot..

      Delete