Wednesday, 1 October 2014

Hutang

Dalam tak sedar, orang yang berhutang mungkin terkilan dengan sikap aku. Tapi prinsip aku dari dulu sama. Hutang perlu dibayar. Sebab aku pun bukan tak pernah berhutang. 5K pun aku pernah hutang. Untuk hidup tenang dengan ada sisa hutang ni, aku tak boleh. Bila settle baru la aku rasa lega sebab aku tak nak pikul beban berhutang ni sampai bila². Teringat satu masa dulu, aku sanggup ikat perut semata² nak bayar lebih hutang tu. Perjanjian RM100 sebulan sebab aku pun kerja tak tetap. Tapi kalau dapat lebih, memang aku bayar lebih. Aku taknak drag hutang bertahun². Ada RM200, bayar la RM200. Ada RM150, bayar la RM150. Dan selagi hutang ni tak habis, tak terfikir aku nak berbelanja yang mewah² untuk diri sendiri. Nak makan sedap²? Tak lalu. Nak topup untuk internet? Tak penting. Yang penting hutang tu aku dahulukan. Aku rasa bila orang nampak aku bersungguh² nak langsaikan hutang, baru la orang tu tak serik beri hutang kat aku di masa lain.

Tapi kalau aku berhutang liat nak bayar, semua nak kena ketuk sampaikan orang tu terpaksa jadi pengemis untuk hak sendiri, aku rasa orang pun serik nak bagi aku pinjam. Jangan ungkap 'masa dalam hati ada rasa sayang, semua tak berkira tapi bila dah tak ada apa², keikhlasan pun hilang'. Ingat, apa yang diungkapkan sebagai hutang akan kekal hutang. Apa yang hak akan tetap menjadi hak. Apa yang jelas dengan kontrak hutang mulut (takda hitam putih) ni kadang² memang menyusahkan. Sebab hutang dengan bank kalau lambat bayar pasti kena penalti sebab lambat bayar. Hutang dengan kawan², jirang tetangga tak pulak ada bunga kan walaupun bayar tak menentu masa. Jadi jangan la merungut bila orang meminta haknya. Sebab kalau ikut perjanjian mulut, hutang tetap kena bayar. Dan jangan menzalimi pula orang yang memberi hutang. Kadang kita sendiri tak tahu bila masanya orang yang memberi hutang tu perlukan sejumlah duit untuk kegunaan dia pula.

Kalau orang berhutang dengan aku, aku kira mana yang ada terhutang tu je. Aku tak pula tokok tambah nilai hutang tu walaupun mungkin aku pernah keluar duit untuk seseorang. Apa yang aku pernah keluarkan, itu ikhlas. Aku tak ungkit sesen pun. Waktu seseorang yang di sisi aku susah, sanggup ke aku seorang yang menjadi pelindung dia nak tengok dia bersusah? Kalau aku sanggup, maknanya aku insan yang takda hati. Tapi bila aku membantu, orang tu pula meluahkan kekesalan kerana menerima bantuan kewangan dari aku. Sedih hati aku. Aku nak membantu tanpa fikir pun hubungan akan putus. Aku tak pernah nak buruk sangka. Rupa²nya orang tak menghargai dan kesal. Tapi apa boleh buat? Benda dah jadi. Dan apa yang aku tuntut itu merupakan hak aku. Kalau orang dah tak nak ada sebarang hubungan termasuk tittle 'kawan' pada aku pun takpe. Aku tak paksa. Cuma aku harap apa yang menjadi hak semasa bersama, dipulangkan kepada yang berhak selepas berpisah.

Aku kalau fikir², aku stress. Jadi aku pilih berdiam. Dengan harapan orang pandai cari aku bila perlu. Bila tak dapat berbuat demikian, sekurang² sebagai manusia yang berhati perut tolong la maklum kan. Jangan biarkan aku jadi pengemis. Jangan biar aku tertanya² tentang hak aku. Tapi siapa la aku nak menegur. Tak banyak lagi. Takpe, tak kan lama lagi. Selepas langsai semuanya, aku tahu aku dah langsung takda dalam kamus hidup dia. Syukur aku tengok kehidupan dia lebih baik. Cuma doa yg aku mampu panjatkan untuk dia. Walaupun orang membenci aku, siapa la aku nak membenci. Apa yang lepas, aku dah tak fikir. Sebab setiap yang jadi pasti ada hikmah. Aku tak baik. Aku jahat. Itu agaknya gambaran aku dalam kamus hidup semua orang yang pernah bersama aku. Kalau aku baik, tidak la aku bertukar ganti.

Dan untuk pengetahuan, masa raya hari tu dia sangat memerlukan duit. Dengan anaknya yang masih kecil, keretanya yang bermasalah. Dan tanpa pengetahuan dia dan dia, aku berikan RM500 untuk melangsaikan hutang yakni lebih tepat lagi aku membantu mengurangkan jumlah yang dia perlu bayar pada dia ni. Kamu tidak tahu kan? Sebab aku tak nak kau didesak membayar lebih. Sedangkan duit yang ada itu aku kumpul untuk keperluan roadtax dan insurans. Tak apa, aku masih boleh mengikat perut lagi untuk gantikan apa yang aku keluarkan. Kerana hati aku masih tetap memikirkan orang lain walaupun orang nampak aku ni seteruk² manusia. Walaupun orang sangat² terkilan dan kesal dengan keakuran meminjam dari aku. Alhamdulillah aku dapat 'curi' duit bonus raya untuk beri kepada orang yang meminjamkan kepada aku walaupun raya aku hanya sekadar ala kadar ;- tiada baju baru, tiada kuih yang aku belikan buat emak tersayang. Berulang kali aku ditanya samada perbelanjaan aku cukup atau tak, jawapan aku 'ada, jangan risaukan saya' sedangkan hakikatnya aku juga paras² hidung. Aku tak nak orang nampak kegusaran aku menyambut perayaan. Dalam hati cuma tuhan yang tahu. Semuanya aku hadkan. Aku gembira bila berbuat macam tu. Sebab satu pihak masih mampu tersenyum meraikan hari raya dengan permata kelahirannya dan satu pihak lagi tidak perlu kusut memenuhi permintaan yang satu lagi. Biarlah aku kerap tersepit, yang penting tak ada orang akan bersusah di hari yang mulia tu.

Dan bila mana aku tahu pandangan negatif orang terhadapku masih menebal, luruh hati. Sedih. Sebab orang tak pernah nampak apa yang aku cuba buat. Apa yang aku buat, aku tak perlukan ucapan terima kasih. Cukup la sekadar diketahui once kau pernah bertahta di hati, tak mungkin aku lupa setiap kenangan. Ada manis, ada pahit. Semua biar aku simpan jauh di dalam. Jika kau mampu untuk jadi aku untuk satu hari, cuba la kau hidup dengan hati ni yang selalu memikirkan tentang orang, kepentingan orang lain dari diri sendiri. Cuba la.

Permintaan aku, jangan pernah rasa terhutang budi dengan aku yang sejahat² insan yang pernah bertahta di hati kau. Bersyukur la kau dah lepas dari kegelapan bersama aku 1 ketika dulu.

Entah, aku rasa terlalu sedih. Terlalu sedih hingga aku luahkan semuanya. Apa yang aku baca tadi sangat² buat aku sedih. Aku chow dulu.

# hakikat yang tak pernah aku beritahukan kepada dia.

No comments:

Post a Comment