Monday, 9 June 2014

Baru Perasan

     Lebih setahun yang lepas sebenarnya tanpa sedar hati dah merasai semua. Cuma dipejamkan tanpa mencari penyelesaian. Luka, berdarah, diubati dan luka kembali terus diulangi. Tak serik, tak jenuh menghadap. Aku? Marah, marah dan marah berterusan. Semua rasa tak kena. Segalanya aku salahkan pada diri aku.

Post yang bertarikh 9 Jan 2013

4) Aku benci bila dia dekat tapi terasa jauh.

- Sunyi! Itu yg sesuai tuk aku describe tentang benda ni. Bayangkan, dia 24/7 dengan kita tapi tak dapat rasa kehadiran dia as someone special macam dulu. Mana hilangnya kemesraan tu?

     Copy sikit dari posting setahun yang lepas. Aku buat post tapi aku tak perasankan rasa hati ni. Kenapa eh? Silap aku semuanya. Sebab follow je apa yang jadi. Tapi one day nekad. Walaupun ikut sama terluka, tapi untuk kebaikan semua. Tipu la aku tak sedih bila putus dengan someone yang aku sangat² sayang. Hakikatnya waktu tu aku tak cukup kuat nak bertahan lagi. Puas dah cuba dan kalau boleh tak nak cari yang lain. Tapi perancangan aku tak sama apa yang terjadi.

     Sekarang dah setahun pun. (Kiraan kasar - tak tahu kiraan tepatnya). Aku pun dah jauh dari dia. Dia pun lebih baik tanpa aku. Cuma yang aku tak faham kalau orang sanggup tipu aku hidup². Sedih! Itu satu perasaan yang meresap dalam hati aku bila tahu ditipu. Runtuh semua kasih sayang yang aku bina untuk dia walaupun dah putus. Tipu la kata kalau dah putus, kita terus benci dan takda rasa sayang sikit pun kan? Tapi saat terungkainya 'permainan' ni semua, masa tu baru betul² hilang semua rasa tu. Aku rasa aku tak kenal pun siapa dia sebenarnya. Dia orang lain, bukan lagi orang yang mula² add aku kat FB dulu dan bukan juga orang yang aku lamar untuk jadi suri hati aku dua tahun lepas. Aku rasa sungguh tak kenal siapa dia sebenarnya.

     Semuanya dah jauh berubah. Berbeza sangat. Hubungan yang ada antara aku dengan dia semakin nipis. Dah nampak hampir terputus. Cuma terikat sebab ada hutang ni je. Aku rasa kalau dia dah habis bayar hutang ni, contact aku pun tidak agaknya. Sekarang pun nampak macam aku yang beriya sangat nak tegur dia, tanya itu ini. Dan aku rasa dah berbulan aku tak jumpa dia walaupun aku ada balik rumah sewa dia. Tiap kali aku balik, dia memang takda. Mungkin semua ni nak bagi aku lebih kuat agaknya. Kuat untuk dia dan aku lupakan semua. Dia dah boleh lupa tapi ada masa aku yang still teringat². 

     Kalau difikirkan sakit hati ni, boleh gila dibuatnya. Tapi bila rasional balik, apa untungnya aku berfikir lagi? Semua yang terjadi dah lepas. Pada aku, lebih baik aku tahu semuanya awal². Takda la terlalu sakit kalau lambat² nanti kan. Satu lagi kalau aku masih together dengan dia dan sebab posting kerja aku yang kena berpisah jauh ni bagi dia kesempatan ruang dan masa untuk bersama dengan orang lain/ orang yang aku tak suka, tentunya lagi 'sakit' untuk aku telan. Hmm.. Mulut kata jangan fikir tapi hati aku tetap berfikir sebenarnya. 

Ada beberapa yang aku tak faham.

 Tak faham kenapa:-

1) Dia boleh berkawan dengan ex peng dia yang terang² dah tipu dia
- Masih segar lagi dalam ingatan aku masa kat Pahang (dia handle kursus teambuilding) dia menangis bila dapat tahu wife orang tu explain yg peng ni masih ada wife dan semua cerita tentang kehidupan peribadi, kerjaya (termasuk tawaran promotion ke Indonesia) adalah rekaan semata mata.
- Waktu tu kau menangis peluk aku dan tanya 'kenapa dia perlu buat macam ni? apa salah saya?'.
- Aku yang ada sama turut menangis sebab orang yang aku pernah sayang ni orang perlakukan sebegini rupa. Aku peluk, menawarkan bahu untuk kau melepaskan tangis. Aku memujuk untuk bantu selesaikan semuanya asalkan kau tak menangis lagi.

2) Dia boleh berkawan baik dengan wife ex peng dia yang terang² block aku dari FB dan whatsapp dia
- Ingat lagi waktu kita berlima bersua muka kali pertama? Aku, kau, Sue, ex peng tu and wife dia? Kau terlalu sedih, marah. Tapi kau tak luahkan rasa marah. Kau hantar whatsapp kat aku. Minta izin untuk pegang tangan aku. Sue izinkan. Aku genggam erat, tak nak kau rasa kesedihan melampau. Aku nak kau tahu walau apa pun yang terjadi, aku tetap ada untuk kau walaupun waktu tu kita bukan lagi pasangan kekasih.
- Aku tak pernah keluarkan kata² kesat or apa² la tapi kenapa aku di block? Atas alasan apa orang tu nak block aku tapi masih terus berkawan dengan kau? Apa salah aku? Permainan apakah? Dan kau masih boleh terima orang yang bersikap macam ni? Unbelievable!
- Aku tak percaya kau boleh terima orang yang macam tu sebagai kawan baik setelah apa yang diorang buat. (peng - menipu kau, wife - block aku without any good reason). Sedangkan aku yang cuba sedaya upaya nak kebenaran terbongkar supaya wife ex kau boleh go on dengan peng tu and kau boleh cari life kau sendiri.
- Sehingga tertangkap korang keluar bersama² sebenarnya dan itu kali pertama aku dapat tahu kau tipu aku. Hanya ungkapan 'sedih' yang aku mampu rasa. Sakitnya kesedihan tu tak termampu untuk aku bandingkan.


     Dan kalau kau nak tahu kenapa aku benci dan tak boleh terima diorang, maka kau harus faham dua (2) sebab kat atas ni. Aku tak kan benci orang tanpa sebab. Sikap kau yang berubah ni aku rasa selepas kau berkawan dengan diorang. Takpelah, hak masing² kan? Kau bebas memilih kawan. Kau lebih mengenal kaca or permata. Aku hanya kaca yang bersalut permata untuk menipu kau selama kita bersama. Haluan kita tak pernah selari. Disebabkan aku tak mampu menanggung lagi segala amarah dalam diri dari hari ke hari, aku lepaskan tangan kau pergi. Aku tak mampu memendam lagi. Lebih lama lagi mungkin tangan dan kaki aku yang bercakap kemudian hari. Aku tak nak tu yang terjadi.

     Aku mohon maaf atas segala kekurangan dan keburukan aku selama kita bersama. Aku bukan diri aku selama tu. Aku cuma HAN yang kau ciptakan. Sebab aku hanya akan kekal BIE yang tidak berpaksikan baran.

No comments:

Post a Comment