Dan hari ni Penakut dah
menghembuskan nafas terakhir depan mata aku. Sambil dia pegang tangan aku, dia
menahan sakitnya nazak. Pelan² aku rasa paw dia sejuk dalam 7.15am tadi.
Telinga dia sejuk, matanya terbuka.
Since
aku balik dari kursus 30hb Sep, aku tak nampak Penakut. Tapi Rabu lepas aku
nampak dia. Pagi tu aku bagi makan kat stray cats belakang rumah dan aku nampak
dia dengan mulut bisingnya pelan² datang kat aku. Aku ambil dia dan bawa dia ke
depan rumah. Aku tak nak dia bercampur dengan stray cats kat belakang rumah
sebab yang belakang rumah semua kucing dewasa. Aku risau kalau dia kena kacau.
Masa
aku ambil dia, dia tak lari macam selalu. Dia pasrah. Tapi aku ada terperasan
yang gaya dia jalan tu lain macam. Tak sempat pula aku nak telek betul² keadaan
dia sebab aku dah kena pergi kerja. Aku pergi masa dia tengah makan kibbles
depan rumah. Mok dan Kurus hissing je kat Penakut. Mungkin dorang dah tak cam
yang Penakut ni beradik dia sebab lebih kurang 2 minggu kot Penakut tak duduk
kat depan rumah aku ni.
Balik
kerja petang tu aku tengok Penakut betul². Sebab kawan rumah aku whatsapp pic
Penakut duduk dalam kotak yang aku sediakan depan rumah. Kawan aku pun pelik
sebab Penakut duduk tak bermaya. Selalunya dia nampak orang je berdesup lari.
Rupa²nya
aku nampak punggung dia macam terseliuh. Dia nak buang air besar punya susah.
Puas dia meneran tapi tak keluar. Aku tak tahu dah berapa hari dia menderita
macam tu. Aku pun menangis tengok dia mengeow dan muka sedih masa meneran. Aku
sabarkan hati. Aku berharap cepat pagi so that aku boleh bawa dia pergi ke vet
esoknya. Malam tu aku biar dia tidur dengan aku. Beberapa kali aku tersedar dia
bangun kais pasir dan meneran tapi yang keluar hanya najis bentu lendir. Lepas
tu aku bangun basahkan kapas dan lap punggung dia.
Keesokkannya
9hb aku bawa dia ke vet. Aku harap sangat kecederaan dia tak serius. Orang vet
cakap mungkin dia terkilas dengan tayar motor or basikal tu yang menyebabkan
pinggul dia cedera dan susah meneran. Orang vet inject dia ubat untuk elak
pembengkakan dalam perut dan bagi antibiotik untuk makan setiap hari. Orang tu
siap suruh aku urut² kaki belakang Penakut macam dia buat untuk pulihkan kaki
dia. Orang tu suruh aku bagi minum air banyak kat Penakut supaya najis dia tak
keras dan mudah dia meneran.
Petang
tu aku buat macam yang dinasihatkan. Aku tengok Penakut pandai minum air
sendiri. Banyak juga dia minum. Lega aku. Aku dibekalkan dengan syringe untuk
paksa dia minum air tapi sebab dia pandai minum sendiri, aku takyah paksa dia
minum. Aku bagi isi ikan dan dia makan. Seleranya ada. Syukur Alhamdulillah.
Dan
10hb petang aku terpaksa tinggalkan Penakut. Sebab aku nak pergi kenduri kahwin
sepupu kat Tampin. Berat hati aku nak tinggalkan Penakut. Aku pesan kat budak
rumah suruh bagi makan sebab aku tinggalkan Penakut dalam rumah. Rupanya petang
tu budak rumah aku lepaskan Penakut. Takpelah.
Sabtu
11hb aku balik rumah. Baru sampai rumah nak buka gate untuk masukkan kereta,
terus Penakut datang kat aku dari rumah jiran. Cepat² dia jalan masuk garaj
rumah. Aku risau kalau² dia masuk bawah kereta masa kereta aku tengah gerak.
Dia pandai. Dia jalan tepi kereta aku.
Terus
aku bawa dia masuk rumah. Aku bagi dia makan isi ikan. Hari tu dia nampak sihat
sangat. Bila malam aku tak bagi dia keluar. Aku nak dia tidur dalam rumah. Aku
tengok dia minum banyak. Makan berselera. Dah habis piring isi ikan, dia minta
lagi makan. Aku bagi lagi.
Masa
nak tidur tu dia minum lagi. Alhamdulillah, aku lega tengok perubahan positif
dia. Aku rasa maybe dah nak sembuh kot. Then dia ada bangun nak buang air
besar. Aku tengok dia tak meneran sekuat sebelum ni, dia meneran biasa dan
najisnya keluar cantik. Cuma tak jatuh ke pasir. Aku ambil kapas basah dan
lapkan najis yang melekat kat punggung dia.
12hb
pukul 4 pagi Penakut bising. Mungkin dia lapar. Aku bangun pergi ambil isi ikan
dan bagi dia makan. Agak banyak dia makan. Lepas tu mak dia kat luar rumah
bising² panggil Penakut. Aku tengok Penakut pun macam nak keluar sangat².
Mungkin dia rindu mak dia. Aku lepaskan dia keluar. Bangun tidur pagi tu aku
tak nampak Penakut. Seharian aku pandang ke arah luar tunggu dia balik. Tapi
tak juga nampak dia. Bila petang tu start angin kuat macam nak ribut, hati mula
gusar. Risaukan Penakut.
Petang
Ahad hujan sangat lebat. Tak berhenti² sampai ke pagi Isnin. Aku hanya berdoa
Penakut selamat. Balik kerja semalam (Isnin) aku tak terus balik rumah macam
biasa. Aku round taman perumahan aku untuk cari Penakut. Aku ride perlahan sambil
berdoa aku jumpa Penakut. Belakang rumah pun aku round tapi takda. Aku hampa.
Lepas
aku salin baju, aku bagi stray cats belakang rumah makan. Semalam ada 4 ekor.
Dan sekor yang jongang ni minta bermanja. Aku usap² dia. Sambil tu dia mengeow
kuat setiap kali aku berhenti usap dia. Dekat 20 min aku duduk kat belakang
rumah teman dorang semua makan. Dan tiba² aku terdengar suara nyaring mengeow.
Aku pasti tu suara Penakut. Aku tengok dia datang kat aku perlahan². Aku happy
nampak dia.
Terus
aku ambil dia dan bawa masuk rumah. Macam biasa aku siapkan isi ikan dan bagi
dia. Tapi dia tak nak. Dia bau pun tak nak. Aku tengok keadaan dia lemah. Aku
syringe air kat dia. Lepas tu dia naik atas riba aku. Penakut yang memang tak
suka dipegang minta bermanja. Dia naik, dia tidur. Kemudian tiba² dia terjaga
dan mulut kumat kamit. Aku ingatkan kenapa. Rupa²nya dia muntah. Keluar buih²
dan cecair. Sedih aku tengok dia muntah. Kembang² leher dia masa nak keluarkan
muntah tu.
Lepas
muntah kali pertama, dia muntah kali kedua. Dan tengah malam pun dia muntah
tapi cuma keluar angin. Mungkin sebab perut dia kosong. Tiap kali aku suakan
piring isi ikan, dia tak nak dan beralih ke tempat lain. Aku dah tak sedap hati
sebenarnya. Hati aku kuat mengatakan dia tak kan dapat bertahan sementara nak
tunggu vet buka pagi ni. Tapi Sue yakinkan aku Penakut kuat dan dapat bertahan.
Jadi aku cakap dengan Penakut malam tadi, "sayang, bertahan ye. esok pagi
daddy bawa pergi vet ye sayang.'
Dan
aku tahu dia cuba bertahan. Sekejap² dia bangun beralih. Kejap dia pergi dekat
kaki aku, kejap dia pergi sebelah kepala aku. Ada masa dia tidur rapat kat
lengan aku. Dan kerana sikap dia tu, aku dapat agak dia tak kan lama dengan aku
tapi aku tak nak terlalu fikirkan sebab aku tak nak Penakut lemah bila aku
lemah. Lieya penah cakap kat aku, "kalau awak nangis macam ni, macam mana
Cairo nak kuat. Kalau awak kuat, dia kuat la lawan sakit dia."
Sebab
tu aku masih cuba tak mengalir airmata. Tapi bila aku bangun 6.30am pagi tadi,
aku ada bad feeling. Aku dah nampak dia tidur terlentok kat lantai bawah
kerusi. Dari 6am aku nampak dia bergerak ke sana dan tidur. Aku tahu dia
semakin lemah. Aku try buat kerja macam biasa. Aku kemas dapur, tapi dia tak
ikut aku ke dapur. Macam semalam bila aku ke dapur, dia datang. Bila aku ke
depan, dia ikut. 7am aku angkat dia dari bawa kerusi dan letakkan dia kat
selimut aku. Tengah aku usap dan cuba bagi dia minum air, dia termuntah lagi.
Kali ni muntah dia kehijauan. Aku tahu muntah tu dah bercampur najis. Bukan
normal. Dan aku tahu saat dia dah hampir tiba. Waktu aku angkat dia pun dia
cuma mengeram sedih. Sebab aku masih lagi cakap dengan dia, "bertahan ye
sayang. Kejap lagi je vet buka."
Bila
aku dah nampak muntah terakhir tu, aku tahu dia dah nazak. Terus aku bagitahu
Sue yang Penakut dah nazak. Niat aku nak pergi mandi aku batalkan. Aku temankan
Penakut menghadapi saat² terakhir dia. Kaki depannya aku pegang. Penakut
biarkan aku genggam kakinya. Sesekali kaki belakangnya menarik² saat nyawanya
sedang dicabut. Lebih kurang 4 kali dia menarik² badan dan aku cuba menenangkan
dia. Aku pasangkan surah yasin. Sempat dia buka mata dan pandang handphone aku.
Penakut sempat tengok aku bila aku gerakkan dia. Aku lap mulut dia yang bersisa
muntah. Nyawanya masih tersisa. Susah nak pergi.
Doaku,
"Ya Allah, kalau Kau lebih sayangkan dia, segera la Kau ambilnya sekarang.
Aku redha."
Tak
lama aku ucapkan macam tu, aku rasa paw dia sejuk. Aku cuba rasa telinganya.
Sama. Sejuk. Bacaan yasin masih belum habis. Aku biarkan terpasang. Aku tahu
Penakut dah tak ada. Tapi aku masih mengusap badannya, kepalanya. Aku cium dia.
Aku pasti akan rindukan kau Penakut. Antara ketiga² beradik Penakut paling
sihat. Tapi Tuhan lebih sayangkan Penakut. Kalau bertahan pun mungkin
kecederaan pinggul tu menyakitkan dia. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik
untuk Penakut. DIA pinjamkan Penakut untuk aku sementara je. Saat ni mungkin
Penakut dah bermain gembira kat taman syurga dengan Coco, Oyen dan Spot.
Semoga
Penakut bahagia di alam sana.
Aku
kena lebih kuat.
Ramai
lagi stray cats yang perlukan aku.
Pemergian
Penakut memang menyedihkan hari ni.
Tapi
aku tahu di sana dia lebih bahagia.
Hilang
kesakitan yang dia tanggung berhari².
Aku
kena redha, lepaskan dia.
Bila
seseekor nak sampai penghujung waktu, dia pasti akan tunjukkan riak positif
memberi harapan dan kemudiannya dia pergi tinggalkan kita. Sama yang terjadi
macam Oren dulu bila dia 'pergi'. Dia tunjuk yang dia dah mula makan, minum dan
poo² sedangkan sebelum tu dia lemah dan tak nak makan minum. Selang beberapa
jam dia pergi berjumpa Penciptanya. Sama la yang terjadi dengan Coco. :(
#
pagi ni aku lewat sikit sampai office sebab aku tanam Penakut dulu. Sementara
aku mandi dan bersiap, Penakut dah keras. Tapi haba panas badannya masih terasa
kat selimut aku. Aku rindukan kau Penakut. Kau tunggu aku ye.
No comments:
Post a Comment