Tuesday, 14 October 2014

Anak²

Bulan Jun hari tu aku ada kursus kat Muar. Dua hari kat sana dari 4 hingga 5 haribulan. Tapi aku gerak ke Muar 3 haribulan. Aku ringkaskan ceritanya begini:-

2hb Jun 8.00pm

Aku terdengar bunyi 'kesik²' dalam almari baju. Aku memang panik sikit la kalau ada bunyi pepelik ni. Aku mula la fikir ada momok or binatang berbisa. Nak tak nak aku kena beranikan diri check dalam almari tu. Masa pergi dekat almari tu dah nampak pintu almari ke dalam sikit macam kena tolak dan lari dari alur dia. Bertambah la panik aku. Konon macho aku buka cepat² dan tengok tergolek dua ekor anak kucing kat baju². Alahai, lagi aku panik. Aku angkat pelan² tapi aku sendiri tak tau nak buat macam mana bila dua ekor tu meraung² mintak susu. Botol susu kitten ada kat Bangi masa tu. Seriously aku panik. Tak kan aku nak bagi air pakai sudu? Dorang baru dalam seminggu lebih lahir kot.

Ke hulu ke hilir aku gendong dua beradik tu. Yang sekor kelabu ni nyaring betul suara dia. Dia la yang bikin onar sampai sekor lagi terjaga and meraung sama. Ah sudah! Susu apa aku nak bagi kat korang ni. :(

Then aku terfikir nak bukak sliding door. Aku tunggu sambil pegang dua beradik ni. Tiba² mak dia datang dan terus jilat anak dia. Mak dia landing kat dalam rumah menyusukan dua beradik ni. Lega aku. Aku ambil telur ayam dan bagi mak dia makan kuning telur yang mentah dua biji. At least perut dia tak kosong kan. Itu je pun yang ada kat rumah aku. (jangan bagi telur putih kat kucing ye)

Lepas je siap minum dua beradik tu lepak tidur. Baru aku teringat patut la petang balik kerja tu aku nampak mak dia kulu kilir depan sliding door. Aku pun tak terfikir yang mak dia letak anak dia dalam almari baju aku. Ni mesti mak dia panjat tingkap bilik dan sorokkan anak dia ni.

Aku siapkan bakul besar letak baju² yang aku tak nak pakai untuk keselesaan dorang tiga beranak. Aku letak kat luar rumah je. Aku terbaring lega. Setengah jam lepas tu aku tengok semua dah takda dalam bakul baju. Aku fikir mesti mak dia dah alihkan ke tempat yang dia rasa lebih selamat. Takpelah. Memang normal kan mak kucing macam tu?

3hb Jun 3.30pm

Masa ni aku dah gerak ke Muar. Kursus gedebak gedebuk.

5hb Jun 3.30pm

Lebih kurang waktu ni aku dah sampai rumah sewa. Penat drive, terus je baring. Tiba² aku dengar bunyi anak kucing menangis dalam almari baju. Alamak! Mana pulak datangnya sekor lagi ni. Aku dah nak menangis dah masa ni. Since aku keluarkan yang dua beradik tu, rupa²nya ada sekor lagi yang tertinggal dan aku tak perasan langsung. Dah beberapa hari dia tak menyusu. Aku tengok dia kesian sangat. Berhari² haus. Mula la aku nak panik lagi. Dalam panik² tu aku guna taktik yang sama. Aku paksa kitten ni menangis dan aku buka sliding door. Ha, terus mak dia datang. Alhamdulillah. Dia pun menyusu. Lama sangat. Yelaa, berhari² kan dia tak minum. Aku rasa bersalah sangat. Tapi syukur Tuhan permudahkan semuanya. Kendian mak dia pun bawa yang si tertinggal ni pergi dari rumah aku. Since that aku tak jumpa dah dorang bertiga.

*               *               *               *               *

Nak dijadikan ceritanya dalam penghujung Aug aku jumpa dorang semula. Sekor kelabu yang suara nyaring dengan putih ada tompok sikit yang mula² aku jumpa dan sekor lagi kurus kecik je berbanding yang dua ekor tu. Mula² aku tak ingat siapa dia. Tapi lepas tu bila aku duduk perhatikan je dia tiga beradik main, baru aku ingat kenapa sekor ni sangat² skinny berbanding yang dua lagi. Sebab dia kan beberapa hari tak minum susu. Pembesaran dia macam terencat sikit. Tapi Alhamdulillah aku nampak dia sihat.

Yang putih tompok² ni dia gemuk berbanding si kelabu sebab jiran sebelah kurungkan dia dan bagi makan je kot. That's why aku panggil dia Mok. Yang skinny tu aku panggil Kurus. Dan sekor lagi aku panggil dia Penakut sebabnya setiap kali nampak aku, terus dia menggelabah lari menyorok bawah kereta aku. Kalau aku bagi makan pun, yang lain² akan terus datang makan tapi Penakut tak. Dia tunggu aku blah dari situ baru dia datang makan.

Bermacam ragamnya.

26hb Sep aku kena kursus 5 hari kat PD. Aku minta tolong kawan serumah bagikan makanan dan tukar air minuman kat budak² ni. Pagi sebelum aku berangkat ke PD, aku nampak lagi dorang semua. Pagi yang happy bila aku nampak Mok dah mula gunakan pasir untuk buang air. Sebelum ni dia asyik kencing dan berak dalam bekas makanan je. Geram betul aku. Habis makanan banyak² dalam mangkuk tu kembang dia buat.

Dan sehari selepas aku kat PD, kawan serumah kata dia dah tak nampak Penakut balik. Mak dia pun takda. Yang ada cuma dua beradik ni je. Aku sedih jugak tapi aku kena focus dengan kursus. Itu paling penting. Sehari sebelum aku habis kursus, kawan aku kata dia ada nampak Penakut balik makan. Lega aku bila tahu semua ada.

Bila aku balik rumah, yang ada cuma Mok dan Kurus. Yang mak dan Penakut takda. Aku memang tak rapat dengan Penakut sebab dia susah untuk didekati. Asal nampak aku je berdesup dia lari. Tapi aku selalu jugak main² dengan dia. Nak tahu aku main macam mana? Aku buka sliding door, aku duduk kat dalam dan dia kat luar. Aku acah² jari kat sliding door. Dia pun cakar² nak usik jari aku bila aku gerak²kan jari. Itu je yang aku boleh buat sebab dia tak nak langsung kena pegang. Pernah aku cekup nak usap dia. Tapi dia terus keluarkan kuku macam rasa terancam sangat. Since that aku tak paksa dia mesra dengan aku. Cuma kami bermain di sebalik sliding door.


No comments:

Post a Comment