Wednesday, 26 December 2012

Tersepit

Ni lah yg sering aku rasa

     Bila anda sebagai ibu bapa, jaga la hubungan tu sebaiknya. Kalau ada apa-apa masalah, cuba selesaikan dgn cara terbaik. Korang dah lebih berusia, korang dah taw tanggungjawab masing-masing tapi kenapa bila ada perselisihan faham, anak-anak yg menjadi mangsa keadaan.. Kenapa?

     Ingat mudah ke nak jadi anak kepada keluarga bermasalah ni? Ingat hati kami ni memang untuk dikorbankan dgn masalah ke? Bila suruh pilih antara mak atau abah, hati kami meronta. Sebab kasih sayang kami untuk keduanya, bukan salah seorang. Kenapa perlu buat kami tersepit antara jurang yg korang sendiri cipta? Kenapa?

     Dunia dah cukup adil dgn memberi korang pasangan hidup, harta benda walaupun tidak terlalu bernilai tapi kenapa korang biarkan anak-anak korang tersepit, terseksa bila menyuruh dorang memilih salah seorang? Kenapa korang taknak bertolak ansur pada anak-anak yg telah sekian lama korbankan hati dan perasaannya atas masalah yg korang cipta? Adilkah semua rasa serba salah, tekanan yg korang berikan pada anak-anak yg telah Allah amanahkan kepada korang?

     Kadang-kadang aku jadi begini,
apabila merasakan semua pilihan yg korang bagi sangat menyesakkan jiwa aku. Aku kecewa kerana korang nak aku turutkan segala apa yg korang arahkan tapi tak sekelumit pun korang faham perasaan aku. Terkadang aku rasa salah seorang memahami aku tapi terkadang aku juga merasakan aku tersilap tafsir. Tak sesaat pun korang bagi aku pilihan dan memahami betapa sakitnya jiwa aku bila aku terpaksa melakukan semua mengikut kehendak korang sedangkan di sebelah pihak lagi turut mencemuh kerana aku gagal menuruti kehendak yg satu lagi.

     Ada ketikanya sehingga habis jiwa yg aku korbankan, maka luruh airmata..
Yg mana aku sedaya upaya mencuci darah yg mengalir dari luka yg korang gores tanpa korang sedari. Hanya airmata yg mampu aku terbitkan hingga terlena. Tak cukupkah selama ini perasaan aku di awang-awangan? Tak cukupkah rasa terseksa yg aku rasakan selama ini? Tak cukup terlukakah hati aku?

     Akhirnya hati aku sendiri yg akan musnah kerana korang. Inikah nilai yg aku perlu bayar setelah aku menumpang untuk sekian lama? Aku mati dalam tak sedar. Aku bernyawa umpama mayat hidup yg menghabisi sisa perjalanan. Aku rebah hari ni.

# Kalau aku boleh tentukan perjalanan hidup aku, aku rela membesar di rumah anak yatim daripada aku perlu terluka sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment