Tuesday, 18 December 2012

Bestfriend

     Today abah & bestfriend aku nak mai.. Abah dah sampai Pagoh ni. Dalam tengahari kang sampai la sini. Ayu pulak dalam kul 2 or 3 gerak dari Batu Pahat. Abah ni maybe tak lama kot kat sini.. Sebab dia datang pun sebab ada urusan peribadi. Ayu cakap dia maybe stay sampai hari jumaat sebelum dia ke KL hari sabtu ni. Elok sangat la tu.. Sebab esok sampai ahad manje tak ada kat rumah. Dia outstation ke Melaka 3 hari then sabtu dia ada majlis kat Muar. Kiranya Ayu boleh la aku buat kawan² gaduh kat rumah.. Hahaha..

     Ayu ni memang bestfriend aku.. Kitorang kenal dari tadika.. Tadika sama tempat, sekolah rendah sama tempat & sekolah menengah pun sama tempat tapi sempat dalam sebulan je la sebelum aku dapat tawaran ke Kluang High School. Masa tadika, aku kenal dia biasa² je.. Cuma mak aku yg rapat dgn mak dia.. Dah hujung tahun baru mak aku berani lepaskan si budak tadika ni balik sorang².. Tapi selalunya aku balik dgn Ayu.. Aku teman dia balik rumah dulu, lepas dia tukar baju baru la dia ikut aku balik rumah. Kadang² lepas aku siap² tukar baju, kitorang pergi kedai JIMAT beli gula².. Aku ingat lagi ape yg pakcik kedai tu pernah cakap..

     Pakcik kedai: Banyaknya gula².. Tengok gigi.. Ha, banyak hitam².. Jangan makan gula² banyak sangat.

     Pastu Ayu pun muka kelat.. Sebabnya masa kecik², gigi dia memang teruk. Hitam². Pernah kan korang tengok gigi budak² yg hitam tu? Ha macam tu la gigi Ayu masa tadika dulu.. Nasib baik gigi aku molek je.. Kalau tak, mesti pakcik tu pukul rata sekali dgn aku.. Fuuhh!! Okey, back to the story. Lepas beli gula², aku bonceng dia naik basikal. Kitorang pergi kantin sekolah rendah yg bapak dia niaga. Kat situ aku diri atas kerusi dan tolong jual gula².. Entah betul ke tak aku pulangkan baki duit, aku pun tataw..

     Start sekolah rendah, aku tak sama kelas dgn Ayu dah. Dia masuk kelas pagi, aku petang. Bila darjah 4, kitorang sama² sekolah petang. Tah ape gilanya dia, tetiba dia kata tanak kawan aku. Aku pun cakap okey je. Tapi last² masa darjah 6, dia tegur balik dan minta maaf. Tapi yg peliknya, aku sendiri tataw kenapa dia tanak kawan dgn aku. Bila aku tanya dia balik, dia kata dia pun tak ingat ape sebabnya. Habis sekolah rendah.

     Tahun 2001, aku masuk sekolah sultan abdul jalil. Result UPSR aku tak gempak sebab aku malas belajar. Mula² teringin nak masuk high school tapi qualification dia at least 3A + no C. Aku pulak ada C kat bahasa Inggeris. So aku dah tak harap high school. Standard form 1, mula² ada minggu orientasi almost 2 weeks. Aku pun pilih geng² sekolah aku je. Sebab aku malu sikit nak berkawan. Ececeh.. Tapi last² cikgu yg jaga dewan tu rombak tempat duduk. Depan, belakang, kiri dan kanan aku budak cina. Adoi!! Macam mana nak sembang ni?? Ah, redah jela.. Nasib aku memang baik. Dorang nice and kitorang jadi kawan.

     Hari last orientasi, dorang bahagikan kelas ikut. Aku dapat kelas 1A, kelas pertama. Baru dalam 4 hari belajar, kawan sekelas aku masa sekolah rendah si Mohamad bagitahu yg Cikgu Ali (cikgu sains sekolah rendah) suruh aku jumpa dia sebab aku dapat surat panggilan masuk high school. Time ni aku dah dilema. Sebab kawan² kat SSAJ ni baik. Aku sayang nak tinggalkan dorang yg chinese ni. Dan Ayu!! Aku tanak jauh dari dia. Sebab dia je kawan yg aku ada sejak tadika.

     Akhirnya mak dan abang aku paksa aku terima tawaran high school. Masa ni kecewa sangat. Aku start masuk bola jaring dan bola baling wakil sekolah. Pelajaran? Hancus. Aku cultural shock. Akhir tahun, aku dapat tahu yg tahun depan aku masuk kelas terakhir. Kengkawan aku yg lain pakat nangis sebab result teruk. Takpe, aku okey je. Tapi aku berjaya jugak habiskan sekolah dgn jayanya. Sebab sejak tragedi masuk kelas last, aku tinggalkan sukan tuk focus study. Akhirnya aku bangga dgn diri sendiri hasil titik peluh dan usaha aku.

     Ayu? Sejak aku masuk sekolah menengah, kami tak contact. Cuma bila mak aku dimasukkan ke hospital di JB, baru la aku bagitahu dia dan dia ada datang tidur di rumah tuk teman dan bagi kata² semangat supaya aku bertahan dgn dugaan ni. Dia ada bila aku jatuh dan perlukan teman berbicara. Dia ada untuk menyeka airmata aku dr jatuh.. Dan aku pun sentiasa ada untuk dia bila dia memerlukan. Sebab dia je kawan yg keep in touch dgn aku sejak 18 tahun ni. Thanks buddy!!

*     *     *     *     *     *     *     *

Bestfriend bukannya kawan yg always ada 24hrs dgn kita..
Dia bukan seorang yg sering bertanya khabar..
Tapi dia sentiasa ada untuk kita di saat kita memerlukannya..
That's why dalam hidup ni aku tak perlukan kawan rapat..
Sometimes camtu lebih kepada menyusahkan daripada menyenangkan..
You get what I mean?

No comments:

Post a Comment