Thursday, 13 December 2012

Putaran Hidup: Bermulanya (Part 1)

     Salam pada semua... Macam mana aku nak start cerita ye? Dari zaman kanak-kanak? Atau cerita tentang masa kini dan kembali mengenang pahit manisnya pengalaman? Ah, tak kira dari mana bermulanya kisah ni, aku lenjan je cerita
     Selepas SPM, nama aku terpilih untuk mengikuti PLKN bertempat di Kem Sembrong, Ayer Hitam. Latihan khidmat negara selama 3 bulan di kem askar umpama katak di bawah tempurung. Mana taknya, handphone kena serah pada jurulatih & seingat aku, takde bahan bacaan seperti suratkhabar. Tu takpe lagi sebab time tu aku memang tak minat nak baca suratkhabar.

     Kiranya ni la kali pertama aku berjauhan dengan family dalam jangka masa yg sangat panjang. Tapi aku sukakan semua ni. Sebabnya takde mak nak marah-marah, aku dapat kenal ramai kawan baru & ada aktiviti yg padat. Masa ni aku tak kenal lagi pengkid & lesbian. Yg aku tahu cuma tomboy & aku assumed diri aku as tomboy sebab aku suka dress up ala-ala lelaki dengan seluar track, t-shirt & aku paling tak suka nak kelihatan cantik. Masa kat kem, aku rasa suka tengok budak-budak perempuan ni. Cuci mata sakan!!

     Dipendekkan cerita, sebelum pergi ke PLKN aku ada berkenalan dgn seorang budak perempuan, Fiqa. Tapi tak pernah tengok dia macam mana sebab kitorang cuma berSMS & berutus surat. In the same time sebelum habis tahun 2005, aku kenal seorang lagi budak perempuan, Syakirah (Syak) masa aku jaga mak di Hospital Sultanah Aminah. Fiqa seorang yg manja, lebih muda dari aku dan Syak pulak jenis yg agak kasar, pendiam dan sebaya dengan aku.

     Fiqa sering mengatakan rindu dan sayangnya pada aku sehingga buatkan aku makin sayang pada dia. Rasa sayang yg aku sendiri tidak pasti sayang dia sebagai kawan atau lebih dari tu. Syak pulak layan aku dengan baik dan aku sayangkan dia as kawan. Tapi saat tu Syak dah salah faham. Dia menghindar dari jawab call dan reply mesej aku. Aku tak tahu kenapa dia menjauh dan aku tak suka keadaan tu. Sehingga la Nadhirah bagitahu yg Syak takut sebab dia rasa aku lain macam.

     Aku pelik! Bila masa yg aku lain macamnya? Aku layan dia sama je. Cuma aku lebih sayangkan Fiqa. Entah, aku malas nak fikir. Akhirnya aku rapat dgn Nadhirah. Memang Syak takde dah dalam hati aku. Lepas tu aku masuk PLKN. Then habis je PLKN, aku lanjutkan pelajaran kat Sabah. Aku ada masa seminggu je untuk uruskan semua sebelum berangkat ke Sabah. Sepatutnya aku boleh tamat PLKN awal sebab Jurulatih dah bagi kelonggaran pada sesiapa yg dapat tawaran further study.

    Masa aku kat bustand Kluang, aku dapat satu panggilan dari nombor yg tak dikenali.

     Unknown: Hello.
     Me     : Hello, siapa ni?
     Unknown: You tak kenal I, tapi I kenal You.
     Me     : Siapa ni? Dari mana dapat nombor saya?
     Unknown: Hahaha.. Takpelah.. I pun saje je nak call You
              ni. Okey, taknak kacau You dah. Bye bye bye bye.
              (Talian putus)
     Me     : Bagitahu la dapat nombor saya dari mana?
              (Ish, geramnya!!)

     Nota kaki: Lepas keluar kem, aku masih poskan surat-surat pada Fiqa. Sehingga la dia beritahu yg dia bakal berkahwin.

- Aku rasa malas pulak nak sambung cerita ni -
Kalau nak tahu kisah hidup aku, mesej ea?
Peace!!

No comments:

Post a Comment