Sejujurnya, kata maaf dariku tidak mencukupi tuk meredakan segala kesedihan yg terjadi kelmarin.. Mengapa aku begitu 'terasa' sedangkan tiada satupun perbuatanmu yg menyakiti hatiku.. Mungkin aku rindu belaian mesramu.. Terlalu rindu kemanjaan suaramu.. Yg mana semua itu kurasakan telah lama menjauh lebih² lagi sejak kau bekerja di office.. Kerana hal sebesar kuman, aku bangkitkan tuk menimbulkan pergaduhan.. Aku mencari salah kau di setiap ceruk yg ada.. Aku sedar, aku provoke hati kau bertalu².. Semuanya kerana ketidakpuasan hatiku terhadap layananmu yg kelihatan begitu bersahaja.. Sedangkan hakikatnya aku hanya inginkan kehadiranmu sebagai insan yg sentiasa membelai hatiku..
Jujur aku rindukan KITA yg mesra.. Yg penuh dengan gurauan manja.. Di manakah semua itu? Apakah aku telah kehilangan saat manis yg pernah aku rasakan dulu? Aku berharap KITA boleh kembali seperti dulu.. Dan terlalu berat mulutku tuk berterus-terang begini di hadapanmu.. Berharap kau akan membaca dan memahami aku..
Setiap saat aku ingin membahagiakan kau.. Ingin membuat kau rasa akulah satu²nya di hatimu.. Namun semuanya kurasakan gagal saat airmatamu jatuh.. Aku... Ingin memohon kemaafan sekiranya aku tidak mampu menjadi yg terbaik.. Tapi aku akan berusaha membahagiakanmu.. Moga satu hari nanti, kau akan menjadi manusia yg paling bahagia setelah lama bergelumang dengan penderitaan dalam menelusuri kehidupanmu ini..
Ps: Maaf kerana ketidaksempurnaan dan ketidakmatangan aku yg mengeruhkan perhubungan kita
No comments:
Post a Comment