Awak kena kuatkan diri untuk yang last ni je. Pergi pejabat agama dan amik borang cerai. Tanya kat orang pejabat agama perlu bukak fail terus ke macam mana sebab susah nak pergi banyak kali takda transport.
Lepas dah buat yang ni, awak rehat sepuas²nya dan kita tunggu tindakan selanjutnya.
InnsyaAllah... Yelaa, nanti saya cakap dengan mak.
Aku tak tahu kekuatan wanita ni jenis apa. Dengan keadaan dia yang sakit fizikal tambahan mental yang terganggu kerana keganasan jantan tu, dia masih kuat untuk bergelak, buat lawak. Entah macam mana kalau aku di tempat dia.
Malam semalam kedengaran ceria suaranya. Tak seperti tengahari semalam lepas buat laporan polis. Dan aku terus meneka, "dia dah balik kl ke?". Ringkas jawapannya, "a'a, dah". Patut la ceria suara dia. Aku rasa segala beban emosi yang dipikulnya selama ni dah pergi dengan jantan tu sekali.
Aku tak dapat bantu banyak. Aku cuma dapat doakan yang terbaik dan bagi dia semangat untuk tekad dengan keputusannya ni. Perceraian memang perkara yang dibenci dalam agama tapi tak kan nak hadap jantan kaki pukul, memaksa jika tidak rela dan paling teruk menagih dadah.
Aku harap, dia akan terus kuat.
No comments:
Post a Comment