Lelaki memang jahanam. Ingat boleh guna kuasa kau untuk pukul perempuan. Atas title kau bergelar SUAMI, kau ingat kau layak untuk naik tangan pada isteri kau? Dayus. Lelaki jenis apa kau ni? Kau gunakan kelemahan perempuan untuk tunjuk kuasa kau. Untuk perempuan tunduk sujud pada semua kehendak kau walaupun tidak rela?
Kau lihat perempuan itu sebagai objek lemah. Lemah tak berdaya untuk melawan. Dengan kudrat yang tidak seberapa. Kau gunakan untuk kelemahan itu untuk tindas perasaan sang isteri. Seksa fizikal dia. Kenapa kau tak selami perasaan dia yang terluka?
Bila nafkah zahir yang kau berikan pun kau nak pertikaikan, suami jenis apa kau ni? Selagi kau masih terikat, nafkah zahir tu wajib. Kenapa? Kau mengharapkan nafkah zahir tu sebagai tiket untuk layanan tempat tidur ke?? Sebab tu kau nak ungkit? Dan bila kau ditolak, bermacam tohmahan kau beri. Hingga sanggup naik tangan.
Tapi kau lupa. Kau tak dengar luahan hati dia. Dia minta dilepaskan cara baik tapi kau abaikan. Kau tak dengar batin dia yang terseksa. Dalam terpaksa dia turutkan melayan kehendak kau. Dalam tangis dia pasrah walau tidak rela. Dan dengan tu kau rasa berjaya menakluk dia semula?! Kau salah. Kau cuma menurut kehendak nafsu kau, memuja serakah kau.
Sedangkan pihak satu lagi berdepan dengan kekecewaan yang mendalam. Kerana tidak dapat mempertahankan hak. Tidak dapat menidakkan perlakuan kau ke atasnya. Betapa sakitnya jiwa itu yang seringkali terpaksa.
Dan hari ni, kau gunakan kudrat lelaki kau kerana hatinya yang telah mati untuk kau. Tahniah suami. Kau dan syaitan tidak jauh bezanya. Kau marahkan dia yang tidak lagi mencintaimu sedangkan kau dan najis dadah pun berpisah tiada.
Apa jaminan untuk dia bahagia lagi? Betapa kecewanya hati itu dengan janji manis kau untuk berubah. Dan bila kau mungkiri, saat tu kau hilang dirinya. Kau tak pernah nak ambil tahu hati perempuan kan? Kesiannya jadi lelaki macam ni. Dengan title suami tu, kau rasa semua boleh pulih semula. Kau silap besar.
Sebab tu hati aku tak fikir pasal jantan.
Gi hospital to get medical report of being abused. ambil gambar, buat report police on domestic violence. Can easily get fasakh at shariah court. If need legal help can contact sisters in islam. They will give advice.
ReplyDeletealready lodge a police report & medical report. police put a case on keganasan rumahtangga. tomorrow maybe ke pejabat agama. thanks for advise.
DeleteHopefully your friend will be safe. Please give her shelter if she wants to hide from the guy. So sorry she had to endure this.
Deleteamin... thanks sis..
Deletedah g pejabat agama dah?
ReplyDeletedah awk... nanti bulan depan naik court..
Delete