Segala yang terjadi telah pun terjadi. Hujung minggu hari tu abah datang sini tengok anak dara dia ni. Anak dara dia ni yang tak pernah bising² duit tak cukup, tak pernah nak mintak macam² kat dia walaupun dia sebenarnya bertanggungjawab ke atas anak dara dia ni selepas secara officialnya anak dara dia ni jadi sebahagian dari keluarga kecik ni.
Abah datang dengan wife dia. Aku kena terima. Walau jauh sudut hati aku hmmm... Ya Allah, kuatkan hati aku. Liku² hidup aku, semua kenangan aku tak seindah cerita dongeng. Selama ni aku kuat. Ye!! Aku kuat. Malas cerita.
Hmm... Jumaat. Malam Sabtu. Aku tidur lambat hari tu. 3.30am baru tidur. Dan aku mimpi arwah mak. Mak baring kat katil hospital. Bertelekung putih. Pandang aku dengan senyumannya. Mak genggam tangan aku erat. Macam biasa dia genggam tangan aku semasa hayatnya. Aku berborak dengan arwah macam biasa. Aku dapat rasa arwah nak pergi. Aku peluk erat², seakan tak nak melepaskan. Aku rasa pelukan aku berbalas. Aku ucap, "orang sayang mak" dengan juraian airmata. Dan tak tahu sama ada aku memang berharap untuk mendengar kata² tu atau memang benar dalam mimpi aku dengar, "mak pun sayangkan kau" dan aku dapat rasa pelukan mak semakin longgar, kelopak mata perlahan² merapat. Aku menjerit dalam mimpi.
Kerana jeritan tu aku terjaga dari tidur dengan dada berombak. Seakan nak meletup. Serta merta aku teresak² menangis macam anak kecil. Aku menangis sepuasnya. Jujur aku rindu. Aku kembali ke alam nyata. Alam yang memisahkan aku dan mak. Kalau boleh, biar aku hidup dalam alam mimpi. Bersama² orang yang aku sayang. Orang yang aku rindu. - Mungkin Allah nak sedarkan aku untuk bangun zikir dan solat. Jam 5am. Tapi aku tak sedar entah bila aku kembali lena selepas penat menangis.
Airmata ni susah nak kering. Bila rindu menyapa hati, terasa pecah setiap sudut di dalam ni. Tak dapat aku nak gambarkan betapa aku rindu. Rindu sangat. Sorry tak dapat sambung lagi.
bersabarlah... sedekahkan al-fatihah sebanyaknya.. doa dari anak lah yang menjadi hadiah mereka di alam sana.. jgn lupa itu...
ReplyDeleteye awk.. InnsyaAllah akan sentiasa ada bekalan utk mak. sekurang²nya 5 kali sehari. tapi awk... sy rindu sgt kat mak... rindu nak dengar mak bebel.. T_T
Deleterindu itu pasti. sedekahkan la al-fatihah.. doa banyak2 untuk arwah
ReplyDeleteinnsyaAllah aj.. tq buddy..
Delete