Thursday, 17 March 2016

06

     Alhamdulillah aku okay. Dan masih single. Masih tak nak mencari. Masih ada kawan² yang boleh jadi tempat berbual. Tapi... Tak selalu aku contact. Macam Whyda... Sejak dia kawen, rasanya aku tak serapat dengan dia macam dulu. Sebenarnya TERLALU RINDU moment² dulu. Setiap pagi aku call dia berbual cerita macam². Dan aku balik jam 5pm pun aku akan call dia. Aku lepak atas motor atau duduk dalam kereta berpuluh minit pun takpe asalkan aku boleh dengar suara dia. Sekarang semua tu macam takda je. Kenapa eh? Entah... Aku pun tak tahu kenapa.

     Start minggu ni aku dah busy training netball untuk game belia bulan depan. Daun Semalu tanya, "boleh tak saya nak datang masa game kamu bulan depan?". Aku okay je kalau dia nak datang. Sila sila. Dan baru² ni dia kenalkan kawan dia kat aku. Daun Berduri. Aisssh... Aku berkawan dengan dedaun pulak sekarang ni. Hahaha. Okay, setakat kawan² aku okay je. Tapi rupa²nya... Jeng jeng jeng.. Suspen kan? Camni, si Daun Semalu nak kenen²kan aku dengan girl tu. Haaaa... Macam orang ngantuk disorongkan bantal. Ye dak? Nyum nyum nyum. Lawa pun lawa. Hahahahaha (gelak nakal ni)

     Dan aku dah banyak kali cakap kat Daun Semalu yang aku tak nak cari partner. Hati aku takda untuk tu. Tapi setakat kawan boleh. Aku tak kisah. Dah almost sebulan aku single. Daun Semalu kata dia nak tengok aku happy. Dear, i'm happy la. No worries okay. Semalam Daun Semalu cakap, "kamu jangan single lama² sangat. Nanti saya jatuh hati kat kamu." Glup!! Ehh... Ermm.. Memang dulu dia suka aku, aku suka dia. Tapi aku dah cakap awal² supaya jangan jatuh cinta. Jadi dia pendam. Aku pun tak luah. Bila aku ada Naney (dulu la kan), dia sedih sangat. Hari² update benda yang sedih kat fb. Aku tahu dia tuju kat aku. Tapi sekarang dia dah happy. Dia dah ada partner. Muda lagi dari aku. Dan yang penting lagi handsome. Hahaha. - okay, aku tak handsome. fine!

     Sekarang aku sedang cuba mencukupkan 5 waktu aku. Bila renung balik masa silam, aku jadi sebak. Jauh sangat aku tersasar sebenarnya. Aku perlukan kekuatan untuk kembali. Ada satu ketika bila aku baca Yasiin terasa hati sebak tiba². Bagai ditarik² perasaan tu. Walhal aku tak tahu maksudnya. Saat tu airmata berjurai, sebak mencengkam hati. Aku jadi teresak². Bacaan terhenti. Dan setelah habis, aku semak kembali ayat yang meruntun jiwa aku. Hmm...

     Aku dah penat dengan semua. Sekarang aku dengan diri aku. Aku cuba bawa ke haluan yang betul walau tak sesempurna mana. Tapi dengan ketenangan yang aku ada sekarang ni, aku rasa aku okay. Dan K Ita, saya cuba amalkan surah yang akak pesan tu. Maafkan sebab saya menjauhkan diri. Saya bukan jauh dari akak sorang, dengan ramai orang lain pun saya menjauh.

# hari ni hari khamis malam jumaat. jum kita. :)

Jujur aku terlalu rindu.


2 comments:

  1. woootttt woottt.. ;)
    btw, semoga DK sentiasa happy!

    ReplyDelete