Monday, 7 March 2016

05

LEMAH

     Lemah. Aku rasa helpless sekarang. Aku rasa nak menangis. Aku rasa penat. Aku tak tahu kenapa aku rasa semuanya. Mungkin kerana tak cukup tidur. Mungkin. Aku cuba untuk kuat. Padahal aku takda masalah apa². Tapi... Mungkin ada perasaan yang hilang. Perasaan untuk kuat macam dulu. Mungkin itu buat aku lemah.

     Aku hilang diri aku dalam masa seminggu ni. Kenapa tiba² aku jadi macam ni? Aku tak tahu. Mudahnya aku menjawab. Aku tak nak berfikir. Aku tak tahu nak sangkutkan kehilangan diri ni pada siapa. Sukarnya aku nak berdiri tegak sekarang.

     Aku cuma rasa nak tidur dipeluk erat. Diusap anak rambut ni berulang kali. Dicium dahi yang luas ni dan buat aku lena. Lena macam tidur² aku terdahulu. Aku tak perlukan yang selain itu. Tak penting yang lain. Cukup dia sayang aku, aku sayang dia. Cukup dia ada untuk aku, aku ada untuk dia.

     Dan... Hakikatnya aku akan balik rumah seperti biasa. Ambil bekas² makanan kat luar rumah, isi kibbles isi bekas air, tunggu abu and the gang datang makan, usap peluk cium abu, mandi, solat dan baring dalam bilik menghadap siling. Kosong. Bantal peluk erat dalam pelukan, berguling kiri kanan cari mood, bangun capai gitar - tak sampai 10 minit main letak semula, ambil novel - tak sampai 10 minit baca letak semula, on tv - pilih movie dari external hard disk tapi semua rasa tak best, masuk bilik semula dan kembali menghadap siling.

     Kalau dia dekat, aku serah diri. Untuk dipujuk supaya rehat, tidur. Pejam mata serapat²nya. Lena dibuai mimpi.

♣ si bijak pandai ni pagi tadi mamai² kunci pintu rumah tapi segugus kunci rumah tertinggal dalam rumah. 1 hal pulak aku nak mengait kunci tu balik kerja ni. haiiihhh!!!

No comments:

Post a Comment