Tuesday, 15 January 2013

Sesat

     Akhirnya semalam, time Maghrib aku datang menghadapMu. Setelah lama aku membelakangkan kewajipanku. Aku sesat dengan keseronokan dunia. Aku lalai dengan perjanjianku. Aku datang dengan kerelaanku. Aku menghadapMu dengan rasa rendah diri, hina. Mohon supaya kembali diterima. Terlalu lama aku biarkan diri semakin jauh dari rahmatMu. Sesungguhnya aku kesal kerana ingkar perintahMu sepanjang dipinjamkan ke dunia ini.
"Ya Allah, aku mohon keampunanMu. Aku mohon keredhaanMu. Tunjukkan aku jalanMu. Berikan hidayahMu kepadaku dan Alieya Amieyra. Sesungguhnya kami sesat dalam meniti kehidupan. Hidupkan rasa cinta dan sayang kami sebagai saudara sesama Islam. Ampunkan dosa dosa kami Ya Allah. Hanya padaMu aku berdoa dan memohon keampunan. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Amin."
     Terdetik hati aku untuk kembali ke jalan yg benar. Dalam doa semalam, aku mohon supaya aku dan si dia diberi kesempatan untuk kembali. Moga kali ni kami berdua kuat untuk melawan godaan syaitan yg menghasut anak cucu Adam. Aku nak menyayangi orang sekeliling dengan cara yg benar, halal. Kalau la apa yg aku buat ni tak dapat sokongan dari dia, mungkin aku kecewa sebab aku tahu, dalam hati dia masih ada yg putih bersih. Cuma berharap masa akan memulihkan kami. Doakan semoga aku dan dia kembali menjadi umat yg diredhai Allah. InsyaAllah.

2 comments:

  1. alhamdulillah... semoga ia berterusan Allah... (doa untuk diri sendiri sekali...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. doakn tuk sy n mie skali ye? nnt leh solat zohor sama2 kn?

      Delete