Friday, 4 January 2013

Lebih Baik (P 2)

     Tapi selepas dua tahun tu, aku dapat ganjaran atas kesabaran aku. Aku ditawarkan kerani kontrak kat tempat yg sama. Which aku dapat gaji tetap + cuti tahunan. Gaji takde la banyak tapi monthly aku boleh dapat around RM1,300. Tak banyak pada korang yg kaya tu tapi pada aku dah cukup banyak buat masa sekarang. Dengan gaji tak seberapa ni la aku angkat sebiji kereta. Junior (myvi puteh kesayangan). Korang boleh cakap, "alah, myvi je" or whatever. Tapi aku rasa dengan umur 24 ni aku dah cukup berjaya bila dah mampu nak kumpul aset sendiri. Tanpa bantuan orang lain okey?! Aku tak macam korang yg masih guna dana mak bapak tuk downpayment or monthly payment. Tak main la wey!! Tak cukup² lagi mak bapak dah sara selama ni? Jangan nak menyusahkan orang tua lagi boleh tak?

     Kalau korang tak setuju dengan ape aku cakap, takpe. Maybe korang kata sekarang semua benda mahal. Dah la ada hutang PTPTN masa belajar dulu, pastu duit minyak kereta semua. Hey hello!! Jangan nak bagi alasan. Aku pun ada hutang PTPTN. Aku menyewa rumah kat sini. Aku ada astro nak bayar tetiap bulan. Kereta aku bulanan RM520 (sebab RM0 d/p ye kawan²) and every month aku still boleh bagi mak belanja RM150 (maaf ye mak, tak dapat bagi banyak. patutnya mak mintak dengan anak jantan mak. dia anak kandung mak dan dia yg jantan, bukannya anak jantan jelmaan mak ni yg kena perah keringat semua.). Selain dari tu, aku ada je motor sebijik. Kadang² dia meragam sebab aku dah ada teman baru, si Junior. Tapi aku still boleh manage hidup aku dengan baik. Walaupun sometimes terasa sesak dan senak dengan cash money yg tak cukup, tapi mampu lagi la kata orang.

     Maybe sebab aku ukur baju di badan sendiri dan yg paling penting, jangan nak berlagak kaya. Kalau takde duit, buat cara takde duit. Hahaha.. Aku ada duit tapi aku menyimpan. Aku guna dekat semua yg penting je. Sebab tu kalau korang tengok, aku pakai baju yg sama je. Mana ada tukar². Selagi tak rabak, selagi tu la aku pakai. Jangan membazir. Amalan syaitooonn.. Lebih² lagi kalau korang suka shopping kat Isetan. Memang ngam la nama tempat tu. Sebab time korang bershopping mesti macam orang yg kena rasuk setan. Nafsu membeli tu membuak² lebih² lagi bila sale sana sale sini. Lalala..

To be continue...

1 comment: