Wednesday, 9 January 2013

Benci benci benci!!

     Banyak benda yg aku benci dalam hidup ni.. Aku bukan perfect tuk benci semua benda.. Tapi kadang kadang aku tak boleh buang rasa benci ni. Kenapa? Sebab aku hanya manusia biasa. Bila dah start benci, aku jadi serabut. Serabut sesangat!! Hilang semua ketenangan yg aku cuba ciptakan. Semua jadi serba tak kena.

1) Aku benci dengar ringing incoming call kat office.
- Serabut betul!! Dorang ni tak pandai nak tarik call ke? Semua aku nak kena back up. Tapi kalau time tempat aku takde orang, takde sesiapa pun nak back up incoming call kat tempat aku. Shit!!

2) Aku benci bila hati jadi sedih.
- Ni yg paling sakit sebenarnya. Aku tak suka hati bermain kata dalam diam. Tak suka nak terasa sedih. Tapi sometimes keadaan sekeliling yg buat hati jadi camtu. Urggh!!

3) Aku benci bila mata menangis.
- Once aku menangis, aku rasa down sangat. Aku rasa aku tak mampu nak bertahan dengan semua. Walaupun hakikatnya aku cuba tuk jalani hidup dengan sempurna. Tapi aku tetap cuba yg terbaik setakat ni.

4) Aku benci bila dia dekat tapi terasa jauh.
- Sunyi! Itu yg sesuai tuk aku describe tentang benda ni. Bayangkan, dia 24/7 dengan kita tapi tak dapat rasa kehadiran dia as someone special macam dulu. Mana hilangnya kemesraan tu?

5) Aku benci bila diberi dua pilihan.
- Sebabnya aku tak pandai nak buat pilihan. Mesti kena ada someone tuk tentukan.

6) Aku benci orang yg talam.
- Bermuka muka dan lidah bercabang. Orang camni memang patut duk kat hutan. Pi kawan dengan monyet sana.

No comments:

Post a Comment