Thursday, 6 July 2017

44

     Keliru. Sampai hujung tahun aku bagi tempoh duduk sini. Lepas tu dia pulang ke kampung halaman dia. Ermm.. Rasanya berpisah tu dari segi tidak duduk bersama lagi je. Belum ada kata dari aku mahu pun dia untuk putuskan hubungan. Sebelum ni aku sendiri tak pasti aku nak dia duduk jauh dari aku ataupun berpisah selamanya.

     Dan rasanya mungkin berpisah tempat tinggal adalah yang terbaik bagi kami. Untuk memberi ruang pada diri masing². Tapi andai dia berubah hati, aku relakan. Sebab bila dah jauh, mungkin pergaulan dia lebih bebas. Dia akan kenal orang lain. Dan tak mustahil juga kawan baik dia akan kenalkan orang lain pada dia. Aku rasa aku lebih rela menghadap kenyataan dia dengan orang lain kalau dia takda depan mata.

     Sakit sangat rasanya bila hati masih sayang tapi terpaksa berpisah. Dan lebih sakit jika dia di depan mata. Kenapa aku kata sakit? Kau tengok dia boleh move on, layan hp senyum², ada masa muka macam orang tengah angau, gembira bukan main lagi. Dan kau? Hati masih sakit merindui tapi tak boleh memiliki. Kau masih hidup dalam kenangan merindui saat² bahagia dengan dia dan segala apa yang ada dalam rumah tu setiapnya ada kenangan tersendiri kau dan dia. Sakit tahu tak! 

     Keputusan yang aku muktamadkan Selasa lalu tu aku rasa dia terima sebaiknya. Sebab semalam dia dah okay. Dia kata akan duduk sini sampai hujung tahun tapi dia bercadang nak beli box @ almari baju. Aku sarankan tak perlu beli sekarang sebab susah nanti nak pindah. Baik dia beli masa dah balik kampung. Aku suruh dia simpan duit supaya dapat beli almari yang lebih baik dan dia terima cadangan aku. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan setakat ni.

     Buat masa ni aku cuma harapkan keadaan tak bertambah keruh. Tinggal beberapa bulan je lagi kan, so aku akan cuba buat yang terbaik. Cuba untuk dia bawa balik semua kenangan terindah je ke sana. InnsyaAllah semua akan lebih baik dari sekarang untuk kami. Aku tak minta putus cuma dalam sujud aku, aku minta semuanya kembali normal. Biar berpisah tanpa benci, berjauh dalam rasa rindu dan mengingati antara satu sama lain.

    

No comments:

Post a Comment