Mungkin dah hampir ke penghujungnya. Akhirnya hari ni terluah kata putus setelah lama bertahan. Peluang yang diberikan berkali² pun dia tak gunakan sebaiknya. Dari aku mengumpul dosa dengan dia dan anaknya, aku rasa berpisah tu lebih baik. Nampak kejam kan? Kalau kejam, aku halau sekarang juga. Tapi aku bagi tempoh sampai hujung tahun. Aku nak dia menyimpan duit dulu sebelum dia balik ke kampung halaman dia atau ke mana je dia nak pergi.
Niat aku nak membantu dia selama ni nampaknya Allah takdirkan sampai hujung tahun je. Aku dah tak tertanggung lagi semua tanggungjawab yang dipikul. Sendirian tu adalah lebih baik untuk aku rasanya. Cukup la ada makcik² yang rapat dengan aku. Kalau boring² aku boleh ke KL jumpa dan luang masa dengan diorang semua. Aku tak perlu jadi babysitter, aku tak perlu fikirkan orang lain lagi. Cukup la fikirkan diri sendiri.
Soalan dari Kak Ita pagi ni "nak take your time before next relationship?". Huhu. Bila baca je aku rasa seram sejuk. Bukan apa, yang current relationship ni macam trauma yang besar bagi aku. Dan kalau boleh, aku nak end semua perasaan cinta dalam hati ni. Biar aku luang masa dengan diri sendiri, rawat jiwa yang semakin hancur dari hari ke hari ni.
Aku doakan dia akan terima semua keputusan aku ni. Dan sekarang ada masa lebih kurang 6 bulan dari hujung tahun yang aku perlu pastikan hati aku tetap dengan pendirian dan keputusan ni. Aku nak lepaskan dia ni bukan senang sebab jujur masih sangat sayang tapi aku ada alasan tersendiri yang belum tentu orang boleh faham selagi orang tak duduk di tempat aku, tak menghadap saat² yang berlalu.
Yang indah akan sentiasa terpahat kukuh di dalam hati aku. Yang buruk diharap dapat dilupakan kedua² pihak. Aku dah penat dengan semua. Aku cuma fikir tentang kegembiraan hati aku je sekarang ni. Aku dah nampak masa depan yang sendirian tu lebih indah berbanding sekarang. Harap² aku kuat dan dia juga kuat. Aku berdoa yang terbaik untuk semuanya.
Yep betul.. orang xtau apa yang kita rasa dan tanggung. Mohon DK kuat dan tabah hadap sumer ni
ReplyDeleteAmin.. Thanks Aj. Harap² macam tu la.. :)
Delete