Dia. Seseorang yang juga sayangkan aku. Bukan kekasih. Cuma sebagai adik. Sebagai anak. Banyak meluangkan masa untuk aku. Semata² untuk menenangkan gelora badai yang menghempas perasaan aku sejak beberapa hari ni. Jujur aku perlukan tempat untuk berpaut. Alhamdulillah Allah kirimkan dia untuk aku. Banyak nasihatnya. Sampai kadang tak ingat sebab banyak sangat. Hehehe.
Dan salah satu yang aku cuba ikut. Mengamalkan surah Al-Waqiah. Semalam hari pertama aku mula baca surah tu. Alhamdulillah aku tenang kat irama. Seminggu aku duduk sendirian. Berperang dengan perasaan. Aku perlukan ketenangan. Itu je. Nampak aku menjauhkan diri dari Naney. Aku suka berada kat irama. Takda line internet. Aku tak perlu whatsapp sesiapa. Aku dapat muhasabah diri sendiri.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk si bambam akak ni.
Seorang lagi. Sekarang masih Cik. 4hb Mac ni akan diPUANkan. Awak... Terima kasih untuk setiap kata² awak. Selalu menyenangkan hati saya. Saya selesa bergurau senda. Saya gembira bila awak ada untuk gembirakan saya. Dan satu lagi. Untuk hal jodoh, terima kasih sebab terang panjang lebar kat saya serta doa yang awak pernah amalkan dulu dalam setiap sujud awak.
Ketara sangat ke saya selalu sebut nama awak? Mungkin. Sebab akak pun perasan. Sampaikan akak tanya, 'rindu kat ms. w ke?'. Sebab setiap benda nak cerita mesti ada nama awak. Ye, saya rindu awak. Rindu moment gila gila kita dari JB-MELAKA-KAJANG-KL-K.PILAH-JELEBU. Dengan awak saya takyah fikir banyak. Bergelak bagai nak rak. Rasa dunia milik kita. Ecewaaahhh!! Entah bila kita akan jumpa dan dapat spent time sama sama kan? Saya rindukan gelagat Baby A. Baby A mudah mesra. Happy moment sangat. Kiss for him. - jujur, rindu awak.
Baru baru ni... Aku text balik gepren tak jadi aku. Noey. Alhamdulillah dia tak marah aku dah. Dia sekarang pun berperang perasaan macam aku. Malam tadi ada conversation panjang dengan dia. Dan dia menangis. Aku cuma mampu bagi kata kata untuk dia kuat. Sebagaimana Akak dan Ms. W ada waktu aku dalam kesedihan, aku juga akan ada untuk dia. Dia keseorangan. Menyendiri. Perasaan macam dulu takda dah. Yang ada cuma rasa sayang as kawan. Jujur aku rindukan dia. Dan semalam dengar dia gelak sambil panggil aku 'sot' (sebab aku ni kadang² lawak macam orang wayar putus) buat aku tergelak besar.
Semalam Noey tanya.
Noey: Awak dah kurus belum? Dulu berat turun banyak kan?
Aku: Tak jadi kurus la sebab awak tak datang 6hb Nov tu. Kan saya janji nak kurus sebelum awak datang.
Terus dia tergelak² tak berhenti. Katanya 'sot la awak ni. ada pulak nak salahkan saya. dah sendiri yang makan tak ingat, nak salahkan saya pulak sebab awak tak kurus kan?'
Noey. Saya tahu awak tak baca semua ni. Tapi... Saya minta maaf atas apa yang terjadi dulu. Sekarang saya janji tak kan hilang lagi dari radar awak. Kita tetap kawan. Sampai bila². Saya nak tengok awak bahagia. Dan... Jangan putus asa berdoa. Ingat, imam kita berdua pergi ngeteh dan tak jumpa jalan ke rumah kita. Jangan risau. Awak tak kan diuji diluar kemampuan awak. Pegang janji saya kali ni. Saya ada bila awak perlukan teman.
Kodok - Bunny
Arjuna - Hunny
mish u mish u.. bhahahahaha.. langkawi jom.. ajak abg ngan zet..
ReplyDeletehahaha.. sibuk planning cuti eh.. naik pelamin tu dulu.. pastu kita fikir cuti² eh..
Delete:p
ReplyDelete