Thursday, 25 February 2016

01

Baru baca blog Kak Zhu. Hmm.. Bergenang airmata part - i'm sorry to hear so many people are facing challenges in their relationships - in terms of breaking up, lost of trust, change of hearts - that sort of matter.

Terbit rasa penat selama ni berkorban untuk orang lain. Banyak yang aku dah buat. Banyak sangat. Sampai diri sendiri entah ke mana. Always jadikan orang lain priority. But end up macam ni semula. Penat, seriously penat sangat.

Sekarang ni aku sendiri tak tahu apa aku nak. Orang nampak aku bergelak. Jumpa Lieya hari tu dan tenang sikit hati sebab dia sentiasa tersenyum untuk aku. Aku lupa masalah. Dia tanya aku okay ke tak. Aku cuma cakap aku okay and sedang bergembira dengan single life. Tapi dia pegang tangan aku. Dia tahu aku sorokkan perasaan sedih tu jauh². Dan kerana dua status fb Naney akhirnya airmata aku gugur depan Lieya dan Sumi. Aku rasa jatuh sangat. Bukan setakat terduduk. Rasa macam ditanam. Lieya usap kepala aku, cuba menenangkan aku. Dia kesat airmata aku yang menitis jatuh. Aku cuma mampu membaringkan kepala di lengan. Merasa sakit yang teramat dalam dengan kata²nya di fb.

Zati... Sejak dia datang rumah Isnin hari tu, dia dah tahu. Masa Naney buat keputusan, Zati ada dengan aku. Dia nampak airmata aku jatuh laju. Tapi aku tetap diam. Sampaikan dia rampas handphone kat tangan aku dan baca. Dia sendiri tergamam. Sangat tiba². Dan hari² seterusnya Zati tanya keadaan aku okay ke tak. Dia dapat rasa aku tak okay. Selalu jugak dia whatsapp aku sekarang. Risau kau kan kat kawan kau ni. Aku okay. Jangan risau eh Zati.

Mia @ orked. Semalam dia datang rumah. Dia pun baru tahu aku dah single. Soalan yang sama macam orang lain. 'Eh you okay tak ni?' Apa pula tak okay? Okay je kan jumpa semalam. I'm happy, boleh gurau senda dan tak nangis pun kan? Kira okay la tu. Bak kata aku semalam, tengah enjoy kehidupan single ni.

Jauh sudut hati... Aku rasa kosong. Kadang aku tak tahu apa aku rasa. Tapi aku ada Ms. W, Kak Ita, Lieya, Intan dan lain lain lagi. Aku boleh ajak dorang bual kalau nak. Intan aku jarang contact sebab dia busy. Nak urus keluarga. Orang dah berkeluarga memang busy agaknya kan? Tunggu la.. Lepas ni Ms. W pulak berkeluarga. Aku kena bersedia. Sebab sekarang aku rapat dengan dia. Tapi in future... Ahh takyah la fikir benda yang belum jadi.

Aku bersimpati dengan diri aku sendiri. Dah beberapa hari aku cuba menggembirakan diri sendiri. Main gitar, tengok favorite movie. Hmm...

My heart finally said, 
"ENOUGH IS ENOUGH"

3 comments:

  1. sabar and pandang ke depan.. move on and teruskan kehidupan dengan orang yang menyayangi kita..

    ReplyDelete
  2. hey,

    it's ok if things don't work out. sometimes we don't get what we need from a partner, and vice versa. take your time to calm the storm in your heart.

    ReplyDelete
  3. hi, single lady..just keep calm and follow taeyeon on instagram. :)

    ReplyDelete