" Handphone ni saya sayang sebab saya beli dengan someone yg saya sayang. Saya hargai semua antara saya dgn dia walaupun dah takda apa² dengan dia."
Tapi semalam aku tahu semuanya tu dah takda makna lagi. Hujan yg turun dari pagi buat aku gagahkan diri hantar dia ke tempat kerja. Hujan yg tidak berhenti sepanjang hari. Seperti hujan hatiku. Sememangnya dia patut sudah kenal benar dgn perangaiku yg akan provoke sehingga dia bersuara. Tapi dia tetap diam. Dan aku bagai hilang kewarasan memarahi. Kerana aku lupa yg dia bukan hak aku lagi. Aku sering menganggap aku someone special dia lagi. Dan kerana semua tu, maka 'hancur' semua yg aku tatang selama ni. Pernah ke sebelum ni aku biarkan dia kesusahan? Tidak. Aku tetap akan menjaga semua kebajikan, walaupun gaduh seteruk mana. Akan aku pujuk semula hati dia. Tapi saat handphone tu berkecai, saat tu aku tahu aku sememangnya perlu menghentikan sikap caring dan terlalu menjaga dia. Aku perlu biarkan dia buat apa yg dia suka. Dan aku tidak menjemput dia dalam kehujanan kerana aku tahu betapa bencinya dia padaku sehingga dia sanggup melempar kenangan tu. Takpe, kau akan dapat pengganti nanti. Biarkan yg terhina ni hancur.
Sepatutnya aku control dia masa dia masih milikku. Aku alpa. Aku biarkan dia bebas. Aku pendamkan apa yg dirasa. Aku cuma berkata kata sendiri dalam hati saat tergurisnya perasaan apabila bersama waktu dulu. Kini aku yg terlalu mengongkong. Hanya kerana aku benci pengkid tu waktu dia masih menjadi couple aku, aku hukum dia pada hari ini, hari selepas aku putuskan hubungan dengannya. Ye, aku yg bersalah. Tapi aku dah belajar dan aku harus lepaskan semua rasa. Kesedihan melihat dia melayan orang lain lebih dari aku sewaktu masih bersama dulu masih bertakhta hingga saat ini. Namun aku harus sedar bahawa aku bukan yg layak untuk menegurnya kini. Dia punya hidupnya, aku harus pergi dengan hidupku. Yg ada cuma term 'housemate'. Itu pun entah sebaik mana selepas hari semalam.
"Aku harus melepaskan semua kesakitan semalam. Semoga tidak terbawa ke hari ini. Maafkan saat aku sering melukai hatimu wahai teman. Sesungguhnya kesakitan lalu masih menghantui segenap pelusuk hatiku saat ini; dan engkau pula mangsa yg dituju. Maaf yg tidak bernilai ini kuselitkan agar kedamaian menjengah hatimu saat kau berhadapan menatap wajahku." - Dak Keciq
Begini la retaknya hatiku saat kau leka dlm alam maya suatu ketika dulu
(Moga dgn hilangnya hp ni dari pandanganmu, hilang juga kesengsaraanmu bersamaku)

No comments:
Post a Comment