Friday, 20 September 2013

Terima Kasih

Terima kasih untuk kesakitan demi kesakitan yg kau beri ni.
Sejak awal hingga saat ni.
Sungguh aku tak tau kenapa aku cukup terluka.
Terlalu sakit untuk aku hadap semua ni.
Semuanya sebab aku terlalu sayangkan kau dulu.
Adakah engkau sedar?
Tentang perasaan aku pada kau dulu?
Tentang hati aku?
Sungguh aku dikecewakan kerana terlalu berharap kepadamu.
Hancur harapan, berkecai seiring dengan waktu yg berlalu.
Bukan aku tak cuba untuk pulihkan kembali hubungan tu.
Namun jika hanya aku yg berusaha, yg aku nampak cuma jalan mati.
Entah macam mana lagi hendak aku ceritakan apa yg dirasa.
Untuk buat engkau mengerti rasa yg aku simpan.
Tiada gunanya berkata.
Tangan yg aku lepaskan tak kan aku gapai lagi.
Saat muka aku berpaling, aku tak kan kembali toleh.
Moga engkau, dia dan sesiapa je yg engkau suka boleh bahagia.
Bahagia yg tak pernah kau kecapi waktu bersama aku dulu.
 
- ini warkah terakhir aku. aku kebumikan semua yg ada kat sini dgn segala apa yg aku pernah ada. -
 
Doa aku satu.
Moga engkau beroleh bahagia yg engkau cari selama ni.
HAN yg kau penah miliki dah mati dan tak kan kembali.
 

No comments:

Post a Comment