-------------------------------------------
1. Wajib la dia seorang PEREMPUAN.
- Sebab tak berminat dengan lelaki.. Lelaki kebanyakannya suka ambil kesempatan.. Dengan perempuan ni dia faham ape yg kita nak.. (Saya guna ayat standard sebab malas nak fikir.. Hahaha)
2. Bukan kaki cemburu buta.
- Yang ni memang saya pantang.. Kalau nak cemburu tu boleh tapi jangan la sampai buta.. Suka sangat nak menuduh tak tentu pasal.. Macam la kita ni jahat sangat kan?
3. Bukan jenis mengongkong.
- Contohnya la kan, kalau kita sms or call dia & beritahu nak keluar dengan kawan², kita mesti harap dia faham.. Tapi kalau yg jenis mengongkong ni, payah sikit.. Sibuk dia nak tahu bila nak balik & kadang² time kita beritahu dia yg kita nak makan, dia boleh text kat kita "I'm waiting".. What for?? Please la faham & bagi ruang sikit..
4. Lembut
- Lembut tapi jangan sotong okey.. Hahaha.. Bila dia belai dengan lemah lembut, kan tenang hati kita.. Tengok dia pun rasa sejuk je.. Tapi sekarang ni macam susah je nak dapat yg lembut² ni kan? Nasib baik la saya dah dapat Alieya Amieyra.. Hehehe..
5. Penyayang
- Dia seharusnya seorang yang penyayang.. Penyayang yang original ye, bukan dibuat².. Tak lalu kalau perempuan yang pura² penyayang ni.. Rasa nak sepuk je muka dia.. (Wah, 18SG)
6. Menjaga maruah
- Kita mesti nak someone yang menjaga maruahnya kan? Bukan jenis jalang yang boleh sesuka hati nak bercerita or bertukar gambar 18SX dengan orang lain.. Gurls, jaga maruah anda!! Even dengan saya sendiri pun, saya tak nak dia snap pic tak senonoh.. Sebabnya once pic tu terjatuh kat tangan orang lain, naya beb..
7. Percaya
- Setiap orang pernah terdetik rasa ragu² kan? Tak salah kalau sometimes kita rasa camtu.. Itu tandanya kita waspada sebelum terjadi apa².. Tapi rasa PERCAYA tu sepatutnya lebih tinggi sebab dia kekasih kita.. Jangan la asyik meragui kejujuran dia.. Berpada² sikit okey..
* * * * * * *
Pada saya, cukup la dulu setakat ni yang terlintas kat fikiran..
Kalau ada apa² lagi, nanti saya tambah..
Kalau awak ada nak tambah, let me know okey?
Jumpa lagi kat next post!!

No comments:
Post a Comment