Friday, 23 November 2012

Apa sebenarnya?

Kadang² bila kita terasa sesuatu, kita akan luahkan..
Sebabnya kita tanak rasa tak best tu jadi beban dalam hati..
Tapi sometimes tak semua orang boleh terima dengan apa yg kita luahkan..
Apa sebenarnya aku perlu buat?
Aku dah hilang hak tuk bersuara ke?
Kalau la aku tak layak meluahkan rasa secara terang²an lagi,
biar aku luahkan pada kau Hedley Aby..
Aku tahu kau sentiasa setia menemani aku tanpa kata..
Hanya kau tempat aku meluah kini..
Akan aku berdiam tatkala dilanda rasa yg memukul hati..

Hedley Aby, kau pernah jadi sebahagian dari diri aku..
Tentu kau lebih mengenali siapa aku berbanding aku sendiri..
Temani aku saat aku rasa sedih, kesepian dan kehilangan..
Temani juga aku saat gembira menjengah kehidupan ini..
Inilah kehidupan..
Pahit dan manis silih berganti..
Satu saat pasti aku akan jatuh dan tidak mampu bertahan lagi..
Akan aku nantikan saat² itu...

No comments:

Post a Comment