Thursday, 21 September 2017

c

     Hidup terasa sesak sangat dengan orang² yang pernah rapat. Miss A, Abg Boyot dan beberapa orang lagi yang buat aku rasa nak lari jauh. Sejak aku balik dari jumpa Miss A, aku decide stop online whatsapp and update wechat yang di mana si Miss A boleh tengok semua tentang aku. Segala update pasal anak ddy (si bulu kembang ekor tupai berkaki empat) hilang terus dari whastapp status, semua perasaan rindu sedih hilang dari wechat. Aku biarkan sepi berlalu. Aku menjauh bawa diri.

     Dan aku tak menjangkakan sesiapa akan mencari aku. Aku cuma inginkan ketenangan. Aku cuba jauhkan perasaan sedih dan sebak yang melanda aku sejak Isnin lagi. Entah kenapa terlalu rawan rasa hati ni. Dalam solatku terasa beban sangat jiwa. Aku menangis disetiap doa. Aku mohon perasaan sunyi, perasaan rindu ni terhapus dari hati. Sakit untuk aku tanggung. Mulanya aku ingat aku akan baik² saje tapi masuk minggu ketiga, aku mula rasa kesunyian bersarang dalam hati dan terasa macam dengar banyak suara menghasut cari pengganti. Hmmm

     Sejauh mana aku lari, tetap ada yang call untuk tanya berkenaan aku. Aku bagi alasan kredit expired makanya whatsapp aku terbiar tanpa data. Bila disoal kenapa tak menjawab panggilan, aku bagi alasan batuk yang teruk tiap kali bercakap. Tapi nasib baik memang betul saat ni aku batuk teruk dan tekak terasa tersangat gatal bila bersembang. Mengaji pun nafas tak sampai, terbatuk². Nikmat sihat yang Allah tarik sedikit, tak perlu aku mengeluh kan. Cuma sedikit mengganggu tidur malam dan menyebabkan rusuk dan jantung terasa sakit kerana batuk terlalu kuat.

     Dan dah dua malam aku tidur lena dengan bantuan ubat. Terpaksa ambil. Kalau tidak, bergegar la rumah tu dengan batuk aku yang tak henti². Bila larut malam, lagi teruk batuknya. Mungkin sebab cuaca sejuk sekarang ni kan. Dan ada masa aku malas nak berselimut. Tunggu sampai si Miky tidur, baru aku berselimut. Ataupun tunggu si Edy dah naik kat tingkap favorite dia baru la aku berselimut. Walau dengan bantuan ubat, aku tetap merasa tidur aku tak berkualiti. Bangun pagi lemau semacam. Ada masa aku snooze je alarm dan sambung tidur, bangkit duduk untuk azan Subuh kemudian aku rebah kembali menutup mata. Arghhh!! Apa nak jadi ni BIE??

 
 Si Miky handsome boy

Si Edy ekor tupai 
(fav tingkap dia la tu. Hahaha)

     Esok aku balik Johor. Cuti 3 hari. Harap sangat dapat lebih tenang dengan semua perkara dan cari semula diri aku yang hilang ni. Aku tak harapkan apa². Aku cuma nak sembuh dari 'kesakitan' berpisah dan teguh berdiri semula walaupun sendiri. Aku yang minta semua ni demi kebaikan semua tapi tipu la andaikata aku tak rasa sakit. Ermm.. Takpe, InnsyaAllah nanti kau akan okay Bie. Sabar okay.

     Nanti aku ceritakan siapa Miss A, siapa Abg Boyot. Dan mungkin ada beberapa nama lagi aku akan sebutkan. Nanti.

No comments:

Post a Comment