Thursday, 29 June 2017

41

    Semakin jauh perasaan dalam hati. Tak tahu apa dirasa. Tak mampu diluah.

Tuhan, tolong keluarkan aku dari perasaan ini.

*          *          *

     Lama sangat rasa tak menulis panjang² dalam ni. Entah la kenapa dengan diri aku sekarang ni. Macam semakin hilang perasaan. Tentang cinta, tentang hubungan. Aku selalu berfikir untuk bersendirian. Memanjakan diri, menenangkan jiwa mencari haluan sendiri. Ada masa aku rasa ini satu hubungan yang menyesakkan. Mungkin kerana aku terlalu penat.

    Ya! PENAT adalah punca segalanya. Aku penat mengurus rumah sendirian (cuci baju, sidai baju, lipat kain baju, sapu lantai, kemas pasir kucing, tukar bekas makan dan minuman kucing). Itu dah semacam rutin aku. Penat balik kerja semuanya aku yang akan uruskan. Aku tak nak merungut tapi aku nak meluahkan. Terpulang apa yang nak dikata. Tak habis dengan tu, aku juga yang kena memasak. Aku juga yang terpaksa menjaga anaknya. Hujung minggu yang sepatutnya milik aku untuk spent time dengan family pun terpaksa aku korbankan untuk jadi babysitter anaknya. No, bukan aku berkira. Aku tak kan berkira semuanya kalau kita buat bersama².

     Tapi nampaknya hanya aku seorang yang bertungkus lumus dalam hal rumah. Aku jadi penat. Penat punca aku jadi baran, aku sedih, rasa dipergunakan. Aku jadi mengeluh, aku jadi tidak boleh berfikir. Si dia boleh ada masa untuk tidur dari jam 8am sehingga 5pm (waktu aku balik kerja baru aku kejutkan) dan aku yang perlu masak seorang di dapur. Aku menangis sebab aku penat! Aku cuma dapat waktu tidur rehat yang kurang dari 6 jam sehari dan tak ada kerjasama dalam rumah. 

     Aku perlukan partner untuk bersama² uruskan rumah. Tapi semenjak dia berkerja, kebanyakan tugasan rumah sehingga menguruskan anaknya dilepaskan 90% kepada aku. Hmmm... Ada masa aku rindukan hidup sendirian. 

     Orang nampak kehidupan aku sempurna. Aku sentiasa tersenyum. Ketawa dengan lawak² simple. Hakikatnya dalam hati? Aku sendiri yang tahu. Dan aku berdoa jika ini bakal berakhir, aku akan tetapkan pendirian untuk kekalkan status single. Hmmm.. Aku dah penat berusaha membahagiakan hati orang lain, aku dah penat berkorban untuk kesenangan orang lain. Dah tiba masa untuk aku ambil peduli hati sendiri.

     Dan hari ini, aku dapat satu berita paling tak best. Entah dengan siapa aku patut berkongsi untuk meminta pendapat.. Hmmmm.... Terasa berat sangat beban yang aku tanggung sekarang. T_T 

Lain kali aku cuma perlukan orang untuk menjadi teman sahaja, bukan lagi teman wanita istimewa di hati.
Teman yang boleh berkongsi suka duka.
Teman yang boleh faham hati ini.

- Semoga semua yang terjadi hari ini hanya mimpi -

4 comments:

  1. Bertabahlah. Be strong. Anyway, selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Jay, sedang bertabah la ni. InnsyaAllah masih kuat. Selamat hari raya juga. Jemput datang rumah.. Kuih raya banyak lagi tu. (^_*)

      Delete
  2. Selamat hari raya. Semoga terus sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jgk utk kamu berdua. Alhamdulillah masih boleh bersabar. Huhu

      Delete