Esok akan bermulanya Cabaran Kurus Feb 2017. Perghh.. Semangat lain macam ni. Sebab ada satu group wasap ni memang terbaik gila la. Sorang akak ni siap nak sponsor hadiah bagi sesiapa yang paling banyak dapat kurangkan berat.
Tak silap aku hadiah ada penimbang digital, ketone strips, jam kira kalori dan apa lagi entah tak ingat. Memang syok ar kalau dapat kan. Makanya ada sorang kakak ni PM aku. Nak sama² pinjam meminjam semangat mengharung cabaran sebulan berdiet.
Syok pulak ada group diet ni. Semua supportive. Bila terlajak takda yang maki, semua bagi semangat ulang semula diet. Dan dari situ mula ada ramai kawan. Kawan yang tak tahu sisi gelap aku. Yang terima aku seadanya. Kadang terfikir, "kalau dorang tahu aku macam ni, masihkah dorang terima aku seadanya?"
Takpelah, biarlah aku rahsiakan sisi gelap aku. Biar mereka melihat yang normal sahaja. Jauh sudut hati aku ketidaknormalan aku semakin jauh. Aku tak lagi meliar melihat sesuatu yang aku suka dahulunya. Aku kini cuma cari perasaan yang hilang. Perasaan disayangi seseorang yang menganggap aku sebagai anak, adik dan kakak.
Adakah bulan Feb 2017 ni akan mengubah kehidupan aku? Sama² kita nantikan.... :)
macam menarik group tu.. boleh syor kat member ni ;)
ReplyDeletehaaa... syorkan kat member.. jangan risau, semua stok² pipi pau punya. ahli² yg ada sporting n positive.. pm tepi eh nanti. boleh masukkan kawan aj tu.. (maklum la, kita dah naik pangkat jadi admin group lak) :D
Deletekena tanye die dulu laa nak join ke tak haha..
Deleteamboiiii dah naik pangkat ye! ni mesti kuat mengayat ni sampai cepat sangat dapat naik pangkat.. ;p