Semalam genap 8 bulan kenal. Dan mungkin semua tak kan pulih macam dulu. Hilang manis kemesraan sebelumnya. Luahan hati malam tadi buat airmata aku gugur entah yang ke berapa kali. Tak terkira. Bezanya malam tadi aku meluahkan, bukan seperti selalu melayan esak tangis dalam diam tanpa disedari sesiapa.
Hati aku kembali jauh. Jika aku luahkan mungkin ada yang mengatakan aku terikut² dengan emosi. Takpe, hati aku yang rasa. Bukan orang lain. Dan telah kerap kali aku bangkit dari jatuh tapi kali ni aku sendiri tak nak bangun. Aku give up.
Semua memori lama dah tak ada fungsi. Mungkin dah tiada dalam 'simpanan' dia. Mungkin aku je yang terlalu berharap. Terlalu inginkan perhatian. Terlalu inginkan kemesraan dalam perhubungan. Memang aku hancur teruk seminggu ni.
Mohon hati aku kuat untuk keputusan kali ni. Kerana jauh sudut hati masih ada terlalu banyak rasa sayang dan cinta. Aku ingat pesanan seseorang:- dua² kena main peranan dalam hubungan, bukan awak sorang je. Dan sekarang rasanya aku seorang je yang terhegeh² kerana rasa cinta yang tak pernah pudar. Aku jatuh.
Dan moga semua ni yang terakhir kalinya aku menyiksa hati dan perasaan ini. Melepaskan untuk cari jalan sendiri. Jalan seorang diri kadang² lebih ceria berbanding berdua kan? Sekurang²nya aku masih ada jiwa sendiri untuk menjadi teman. Sedangkan berdua sekarang pun telah membuatkan jiwa aku hancur.
Aku hilang diri sendiri lagi. Kumpul kekuatan untuk masa depan. Sendiri tak semestinya sepi, berteman tak semestinya bahagia.
DK kuat!!
ReplyDeleteamin....
DeleteBe strong awak. Even I know it's hard. I pun tak kuat dulu bila break sekejap, seminggu jugak jadi orang lain, sampai murung teruk.
ReplyDeletebetul. sekarang ni just follow the flow. berdua macam sendiri. orang tak nak bermesra, i'm fine with it. asalkan gaji masuk dan boleh teruskan berangan. :)
Delete