Monday, 18 July 2016

18

Digoda

     Sebelum puasa hari tu, aku di add masuk ke group whatsapp budak² senget. Rupa²nya admin tu kawan² Fyda. Dan ada Daun Semalu. Dia ni la yang kenalkan aku dengan Fyda dulu. Masihkah kau ingat? Haa, takyah nyanyi sangat la eh. Okay, dipendekkan cerita dalam group tu ada sorang girl. Tina (nama sebenar), budak kemaman (lokasi sebenar). Hahaha. Korang bukan kenal pun Tina yang mana kan? Kihkihkih. Masa dalam group, kiranya aku rajin la jugak masuk duk chat dengan Tina ni. Kira aku anggap kawan je.

     Lepas tu sebab group sepi sangat, aku left. Yang selalu sembang aku dengan Tina je. Nak dijadikan cerita, ingat tak raya yang aku ke Pontian hari tu? Ha, masa tu Tina voice note aku. Dia kabor yang dia dah break dengan penk dia. Menangis². Aku layan biasa je la. Suruh dia sabar. Kiranya aku memang care la sebab dia kawan aku. Tapi tengah malam tu dalam 2 lebih pagi dia call aku. Nangis². Kata tak boleh tidur.

" El, boleh tak El temankan Tina tidur? Tina sedih sangat ni." Tina mula dah.

"Ye, tidur la. Dah pukul berapa ni tak tidur lagi?"

"El peluk la Tina. Tina sedih"

"Eh... Tidur jelaaaa.. Takyah fikir apa²" Mula dah aku kalut.
"Okay², tidur eh" Bila dia mula merengek gedik².

"Tq El... El... Cium la Tina. Cepat la El"

"Jangan nak macam² la. Tak elok buat camni."

"El cium la Tina dulu."

Krik Krik. Aku diam.

"El tak sayang Tina. Semua orang tak sayang Tina." terus je aku dengar Tina menangis sekuat²nya. Dia letak call.

     Aku blur. Kejadahnya minta pepelik kat aku. Dia sendiri tahu yang aku ada Fyda. Dan dia tahu aku dah hantar Fyda balik kampung. Ke sebab tu dia fikir dia boleh buat aku macam tu? Goda aku? Dan sebelum tu lagi dia ada bagitahu yang aku ni la suami dia. Dia nak jadi bini no dua. Aik? Kemain offer diri nampak. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Kalau dia sudi, aku pun on bukannya Fyda tahu kan? Pandai² la kami berahsia. Aku ingat dia gurau² nak main²kan aku. Aku pun pandir jela dengan dia.Tapi tak sangka dia betul² sampai dia mesej, "kenapa la El dengan Fyda.? Kalau tak ermm...."

     Kerana pengalaman dulu aku jadikan pengajaran. Bagaimana aku kehilangan seseorang yang amat menyayangi aku kerana hati aku yang terbuai dengan layanan orang ketiga. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Silap aku, aku sambut tangan lain saat aku dah ada dia. Kali ni aku hindarkan hati dari terpaut. Nak kata Tina cantik, ye boleh tahan cantik. Tapi itu menjanjikan bahagia ke? Dia yang duduk dengan aku beberapa bulan ni yang tahu susah senang aku. Yang sanggup berkorban untuk aku. Yang banyak menguruskan hal rumah sehingga la baju seluar yang aku nak pakai, dia sanggup ironkan walau aku tak suruh. Yang sekarang sama² makan telur, sambal cili padi dan kicap dengan aku sementara nak tunggu gaji hujung bulan ni. Haaa, belum tentu si Tina ni jenis yang boleh susah senang dengan aku kan?

     Untuk apa aku cari yang jauh di mata sedangkan yang ada depan mata ni dah menyempurnakan hidup aku beberapa bulan ni. Fyda buka mata aku kenapa Tina boleh jatuh hati dengan aku. Sebabnya aku layan Tina terlalu baik. Selalu ada untuk Tina bila dia sunyi. Aku anggap Tina kawan tapi Tina yang rasa sebaliknya. Dan dia berpesan untuk tidak terlalu care sebab tu la Tina jadi camtu. Okay, pasni no more melayan² eh.

     Tapi ada jenis yang kalau kita layan, memang tak kan jadi apa. Contohnya kalau aku melayan si AJ ni. Tak kan jadi apa la kan? Tapi tak tau la AJ... Kot dia ada fefeeling ke... Hahaha..

     By the way, Happy Birthday AJ. Semoga dilimpahkan rezeki dan rahmat. Jadi anak yang baik, partner yang baik untuk si dia yang bernama Popcorn & rajin² belajar. Nak duit raya, meh datang rumah. Dengan syarat kena bawa partner eh. Sian Fyda kalau AJ datang sorang. Takda geng dia nak sembang nanti. Lalala.

#ada sesuatu untuk awak walaupun tidak seberapa.harapnya boleh la guna nanti.tawakal.

9 comments:

  1. Nasib baik awak tak layan Tina.

    Kalau tak, saya belasah awak untuk Fyda. Don't hurt her okay.

    *muka garang*

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... tanak pun org yg senang datang bergolek ni Cik Sembunyi..

      sy nak org yg sy kena usaha utk dapatkan dia..

      yg suaranya sangat mahal untuk didengar..

      *terkenang memori perkenalan dgn fyda lak. hihihi

      Delete
    2. Camtulah kawan saya, sukakan cabaran.

      Fightingggg !

      Penyabar jugak ek Fyda, kalau sayalah jadi dia..abes Tina.

      Delete
    3. haha.. rasaya Fyda tunggu masa je tu..

      tapi Fyda kenal sy. Kat rumah main hp utk game + reply wasap org je.

      jarang bersosial sebab setiap hari jatuh cinta dengan dia. :))

      Delete
  2. Belajar dari pengalaman... Jangan jadi baik sgt.. Yang depan mata dah cukup baik.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. tahu.. jaga yg ada je selagi dia ada..

      Delete
    2. betul, jgn nanti kalau dah terlepas, menyesal lagi.. kim salam ngan fyda...

      Delete
    3. ye awk.. dah beringat ni. huhu.. innsyaAllah sy sampaikan salam nanti.

      Delete
  3. hahaha.. seru nama nampakkk!
    memang takdela nak fefeeling ngan DK ni
    eh, fyda layan AJ laa. DK buat air n masak yek..lalaalaaa~

    ok, sekarang hutang dah bertambah eh.
    duit raya n hadiah besday. wuhhhuuuu :D

    ReplyDelete