Monday, 20 June 2016

13

     Yang membuatkan aku selesa sekarang sebab kat rumah ada orang lain. Yang boleh sembang dengan aku, gaduh dengan aku. Boleh jadi tempat aku meluah kepenatan bekerja. Tapi satu hari nanti mesti dia hilang dari radar. Itu pasti. Yang aku tak pasti, bila waktu ketikanya.

     Aku malas nak fikir pasal tu. Bila masanya tiba, akan terjadi la perpisahan tu. Selagi dia masih ada, selagi tu aku menumpang dan mencurah kasih.

     Sekarang aku sedang hidup dalam dunia aku. Kurang aku bersosial dengan kawan², tak kira kawan sekerja or kawan media sosial. Aku lebih suka jadi pemerhati. Kurang bercakap. Tapi... Bila balik rumah, puas hati aku dapat menyakat dia. Macam pagi tadi sebelum tidur² ayam selepas bersahur, entah lawak apa yang aku sakat dia sampai semput² dia gelak. Awalnya dia kerek gila cakap, "hey, tak pernah lagi eh saya semput bila gelak.". Tup² dia tergagap cakap dan aku ajuk dia, terus berdekah² dia gelak. Last² macam nak semput sampai pegang² dada. Haaa... Tadi berlagak sangat kan. Daulat tu namanya sayang. :P

     Lately dia rajin pulak perli² aku. Paling dia tak suka dengar kalau aku cakap pasal Naney. Dia kata semua ex² yang lain dia boleh hadam tapi yang satu ni memang dia tak boleh gi. Hmmm.. Semuanya salah mulut Naney jugak. Lancang sangat nak duk sound² orang walaupun baru kenal sehari dua. Kalau jenis aku, dia sound setepek aku diam lagi. Tapi bila berulang kali sound benda yang sama dan anggap aku ni bebal nak faham nasihat dan teguran dia, memang aku baran dan mengamuk la. Tak kira kau pangkat tua dari aku ke apa. Nak menegur tu jaga sikit bahasa, bukan main taram guna ayat samseng kampung kau tu. Menegur jangan sampai mengaibkan orang lain. Tapi dapat ke dia ni, sampai mati dia dendam. Tu yang dengar nama pun menyampah.

     Baru² ni tetiba bangun pagi aku nampak ada wasap miscall 12.09 tengah malam dari Naney. Pelik aku. Padahal dah lama tak wasap. Sure nama aku dah jauh ke bawah dari tab dia. Then aku tunjuk kat dia. Dia kata, "eleh, rindu la tu.". Dan aku rasa tak mungkin la dia nak rindu aku. Sampai je kat office aku wasap Naney tanya kenapa call tapi dia jawab, "tertekan". Hahaha. Aku rasa macam lawak je. Sebab macam tak masuk akai. Korang yang ada wasap mesti tau yang button call tu ada kat dalam chat kan. Macam mana boleh jadi tertekan tu? Mesti la dia click masuk kat conversastion aku kan? Hahaha. Kesimpulan mudah aku buat, dia nak tengok DP wasap aku sebab rindu dengan mata aku, pastu jari besar dan terclick kat call button (memang tertekan la kan, dia tak tipu aku yang dia tertekan). Kahkahkah.<--- ayat gila perasan!!

     Tang tertekan tu aku kena perli. Satu lagi kes pasal Sue. Kena jugak. Sebab Sue pernah cakap dia sayang aku lagi, rindu aku bila Sue tahu aku break up dengan Naney hari tu. Dan kebetulan sebulan selepas aku diputuskan, Sue pun putus dengan girlfren dia dan masa tu la dia cakap sayang rindu tu. Tapi aku tak respon kat Sue. Pada aku, kalau dah putus susah nak sambung balik. Hati dah tak sama macam dulu. Kalau perasaan tu keliru macam masih cintakan dia, sebenarnya tu bukan cinta. Tapi maybe aku sunyi. Aku nak ada orang temankan aku. Dan mungkin aku cuma rindukan kenangan lama. Yang pasti bukan cinta.

     Okay, penat cerita. Nak sambung buat kerja. Macam takda dah orang baca sini lagi sebab lama dah menyepi, hilangkan diri. Tujuan aku buat blog pun untuk kenangan aku sendiri. Ada masa blog senyum, ada masa blog menangis. Kat sini tempat aku meluah kalau manusia bukan lagi menjadi teman.

4 comments:

  1. kan DK kan..
    satu hari nanti, pasti dia akan hilang dari radar.
    kita ready untuk tu.. tapi bila sampai saat tu..
    mampu ke kita tanggung?
    hmmm... beratnya hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnya memang berat AJ.
      tapi bila masanya tiba, kita pasti kuat walau ada airmata yg mengalir.
      kalau fikir pasal tu pun boleh buat serabut.
      so buat masa ni kita jangan fikir dulu eh..

      Delete
    2. sobs.. sedih kan :'(
      terpaksa rela melepaskan.
      yup.. ikut arus je sekarang ni

      Delete
  2. bertemu dan berpisah adalah normal.. kita jalani je apa yang ada sekarang..

    ReplyDelete