Monday, 13 August 2012

Sahabat..

Mengapa menjauh jika hati sentiasa merindu?
Mengapa menyepi jika hadirku memberi senyuman?
Mengapa menepis segala rasa yang terbit di hati?
Mengapa meletakkan segala rasa bersalah di bahuku?

Jangan biarkan sengketa berlarutan..
Kerana kita akan lebih terseksa..
Kita pernah bersahabat..
Dan kita pernah melayari kehidupan sebagai sepasang kekasih..

Tapi semuanya telah berakhir..
Memang kata putus yg aku pinta..
Kerana aku merasakan kejanggalan dalam rasa cinta itu..
Yg sering membuatku merindui dirimu sebagai sahabatku..

Aku tidak mahu memikirkan lagi cinta separuh jalan kita..
Kerana aku ingin kembali bersahabat denganmu..
Ternyata sukar untukmu menerima keputusan itu..
Dan aku terbiar memendam rindu terhadapmu sahabat..

Walau aku sedar hatimu menangis..
Namun yg terjadi telah terjadi..
Tapi secebis rasa yg terbit di hatiku..
Tak pernah kau ketahui..

Jangan andaikan aku gembira di atas deritamu..
Aku berdoa moga kesakitanmu akan sembuh..
Dan kita akan kembali sebagaimana di awal pertemuan..
Aku sentiasa di sisimu sahabat..

# Akan berpegang pada janji kita #

No comments:

Post a Comment