Tuesday, 5 July 2011

Air Suam or Air Sejuk?

Ermm... Bibir aku kering sangat² arini..
Dah mengelupas² ni ha..
Nak kata kurang minum air, rasanya berkoyan² dah air yg aku minum..
Tapi...

Oke², aku bukak topik pasal air la..
Ada yang memang tak boleh berenggang langsung dengan air sejuk ni..
Tak kira la pagi ke, petang ke mesti dia nak minum air sejuk..
Tapi pernah tak kita fikir apa kebaikan dan keburukan kedua² jenis air ni?
Tadi aku google tentang air suam dan aku dapat 1 fakta dari situ..
Kadang² korang pun tak rajin nak amik taw sangat kan?
So, aku gunakan medium blog ni tuk kawan² dapat sikit info yg berguna..

***************************************************************

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan.

Petanda Lazim Serangan Jantung
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

*****************************************************************

Ha tunggu ape lagi? Cepat bangun g minum air suam..
Hindari air sejuk, banyakkan air suam..
Wahahaha...

1 comment:

  1. ckp pasal aku la tu kan?
    huhu..
    ye la.. lepas ni minum air suam je la ye..

    ReplyDelete